Thursday, July 7, 2011

..Di Persimpangan..

Perkahwinan itu bukan pun atas pilihan mereka. Ia berlaku atas aturan keluarga. Kata ibu, pilihan ibu bapa itu paling baik untuk anak-anak. Lagi pula, ayah Nani bersahabat baik dengan ayah Afandi. Mereka teman sekampus sewaktu muda-muda dahulu. Dalam bidang yang sama, Kejuruteraan Elektrik. Mereka juga di kelas dan dorm yang sama. Ke mana-mana jua pasti berdua. Sehingga mereka telah berjanji, hubungan itu akan diikat dengan lebih kuat dengan menyatukan anak teruna dan anak dara mereka.
Nani hanya mampu diam atas pilihan tersebut walaupun dia tidak mengenali Afandi sedalamnya. Bukankah diam itu tandanya setuju? Itulah yang selalu Nani dengar dari  corong radio ceramah Ustaz Azizan bertajuk Soal Jodoh. Lagipun Nani selalu terbaca, bercinta selepas berkahwin itu lagi manis. Nani mahu merasainya. Bukan tidak ada jejaka yang cuba memikatnya, cuma dia tidak mahu andai perhubungan itu bisa mengganggu pembelajarannya di kampus dulu. Lalu, dia menolak semua ajakan teruna yang mahu menjadikannya sebagai teman istimewa. Tidak ketinggalan Farhan yang berada di bidang yang sama dengan Nani, Sains Sosial dan Kemanusiaan. Cumanya Nani dalam program Psikologi manakala Farhan dalam program Kerja Sosial. Kini, Farhan dan Nani bekerja di tempat yang sama cuma dalam bahagian yang berbeza. Farhan mengerti akan pendirian Nani sehingga Nani dinikahkan dengan Afandi. Sejak itu dia tidak lagi mengejar Nani, walaupun sedikit berasa kecewa. Cuma dia berjanji mahu menjadi sahabat baik Nani.

Nani cuma sempat mengenali Afandi dua tahun, sewaktu Afandi menjadi pelajar baru di sekolah mereka. Sesingkat itu, Nani mengagumi Afandi yang banyak berdiam dari bercakap dan selalu menduduki tempat ke-5 dan ke atas setiap kali peperiksaan di sekolah mereka. Dia juga sangat menjaga perilakunya ketika bermua’malah dengan pelajar perempuan. Tidak hairan jika Afandi memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam SPM atas keperibadiaannya yang santun itu. Selepas itu, Nani tidak lagi kedengaran apa-apa berita tentang Afandi. Cumanya ayah ada mengatakan Afandi dapat menyambung pelajaran  ke Manchester, di University of Manchester dalam bidang Electrical & Electronic Engineering selama 3 tahun setengah. Mewarisi ayahnya tetapi, sangat jauh berbeza dengan pekerjaan yang dijawat sekarang.  Nani pula lebih selesa menyambung di dalam negeri, UKM sebagai pilihan. Selama itu dia merindui Afandi dalam diam. Ada masa Nani teringatkan Afandi tapi, cepat-cepat dia beristighfar kerana itu hanya mainan syaitan.

 Sekarang, bila lelaki itu berada di hadapannya, dan berjumpa saban hari perasaan itu menjadi hampa. Harapan setinggi gunung itu bagaikan telah musnah, semusnah impian Nani untuk hidup bahagia dengan lelaki yang menjadi pujaannya dulu. Nani mahu menangis bila teringatkan semua itu. Terasa dia tersalah menduga dan tersalah mencintai lelaki itu. Menyesal pun tidak ada gunanya lagi. Tetapi, Nani perlu kuatkan semangatnya, kerana dia yakin suatu hari nanti pasti akan lembut juga hati Afandi. Kata orang batu yang keras itu akan berlekuk juga andai ada air yang menitis ke atasnya. Begitulah perumpamaan kepada hati manusia. Nani masih mahu menaruh harapan selagi boleh. Nani sentiasa berdoa dan terus berharap. Lagipun, apalah guna jika dia yang berjurusan Psikologi itu tidak dapat mengatasi masalahnya sendiri. Tapi, hakikatnya manusia itu lemah dan perlukan teman untuk menguatkan. Nani perlukan semua itu dari Afandi.
Afandi pun bukanlah sengaja berkasar dengan Nani. Sesekali dia tersedar perbuatannya itu melampau-lampau sehingga sanggup mengasari isterinya yang tidak bersalah. Hubungan mereka sah. Sah di sisi agama dan undang-undang. Afandi menyesal tapi hanya untuk seketika. Esok hari masih berulang peristiwa pahit untuk Nani. Afandi selalu bertanya kepada dirinya sendiri. Kenapa begitu sekali dia perlakukan pada Nani..? Dia tidak bersalah. Afandi kira dia masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami sementelah dua tahun pulang dari Manchester dulu. Lagi pula, dia telah berjanji dengan Marina, teman istimewanya semasa belajar di sana. Tetapi, ibu dan ayah Afandi tidak begitu gemar akan sikap Marina yang sukakan kebebasan tanpa had. Marina selalu mengajak Afandi keluar sehingga ke larut malam.  Walaupun Marina bertudung tetapi pakaiannya terlalu menjolok mata. Afandi ada menegur Marina tentang itu, tetapi tidak diendahkan. Katanya, dia akan berubah setelah mereka bergelar isteri kepada Afandi. Peringatan itu selalu diulang-ulang Afandi pada Marina.

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)

Afandi hanya tersenyum dengan jawapan Marina. Lagi pula, Marina bukan atas tanggungannya. Bila berjauhan dari keluarga begitu sekali perilaku anak muda-mudi. Sangat bebas dalam pergaulan dan karakter Afandi yang santun itu tenggelam dengan arus kebebasan. Mungkin Nani juga tidak tahu yang Afandi pernah hangat bercinta dengan Marina. Sehingga suatu masa, impian Afandi dan Marina untuk hidup bersama tidak menjadi kenyataan, yang tinggal hanya angan semata. Dan pada hari bersejarah Afandi itu, Marina memenuhi undangan untuk melihat sendiri gadis yang telah menjadi permaisuri hati Afandi buat selamanya. Marina masih  teringat akan kata-kata Afandi bahawa mana-mana wanita yang dinikahi buat pertama kali itu, akan tetap menjadi ratu hatinya sampai bila-bila. Semua itu hanya untuk memujuk Marina supaya dia berubah seperti yang Afandi dan keluarganya inginkan. Pada majlis perkahwinan itu, Marina yang berbaju kebarung jarang berwarna merah beserta tudung lilit dan kaca mata serba hitam, cuba menyembunyikan diri disebalik keramaian tetamu. Namun, Afandi masih jelas dengan kelibat Marina tapi, hampa dengan penampilan Marina yang masih tidak berubah malah semakin galak bergaya. Marina membawakan sebuah hadiah, sehelai kemeja dan tali pinggang Crocodile yang telah lama diidamkan Afandi. Tanpa menjamah sedikit pun, Marina berlalu pergi meninggalkan majlis itu selepas meletakkan hadiah tersebut di meja yang terletak di ruang tamu. Dia berjanji tidak akan mencari lagi Afandi. Biarlah dibawa jauh hati yang pilu. Tanpa sempat mengejar, Afandi hanya pergi mendapatkan hadiah yang ditinggalkan Marina. Di atas kotak hadiah itu, tertulis “Semoga Berbahagia Fendy!”.  Afandi terasa mahu mengorak langkah, mengejar, tetapi dia masih waras. Hari itu hari dia menjadi raja sehari. Ibu ada berpesan hormat majlis walau apa pun yang akan terjadi. Afandi masih sedar, untuk apa dia mengejar Marina. Kerana kecantikan rupa paraskah? Atau kerana agamanya..? Pesan ibu lagi, Afandi harus belajar membuka ruang dan pintu hati buat Nani. Nani adalah calon isteri yang paling baik buatnya. Santun peribadi. Hati yng mulus. Tapi sehingga kini, setelah 6 bulan mereka sah menjadi suami isteri, hati Afandi masih keruh buat Nani, sekeruh air di perigi.

* * * * * * * * * * * * *


Pagi itu.......

..Di Persimpangan..

Setibanya Afandi di perkarangan rumah, Afandi terus melulu masuk kerana ingin bertanyakan kepada Nani sekiranya dia tahu tuan empunya kereta yang berada di hadapan rumah mereka. Apabila dia masuk, terlihatlah Afandi seorang lelaki yang duduk bertentangan Nani. Nani juga baru terperasankan Afandi yang sedari tadi terjegat memerhatikan dia dan teman kantornya, Farhan, di ruang tamu itu. Serba salah, lalu Nani menyapa, "Dah balik? Ini kawan sepejabat Nani. Dia bawa...". Belum pun sempat Nani menghabiskan ayatnya, Afandi mengangkat sebelah tangannya sebagai tanda tak perlu perjelaskan apa-apa kepadanya.
"Mesti dah salah faham ni..", bisik hati Nani.
Setelah selesai perbincangan mereka, Farhan pulang. Sebelum itu sempat dia mengusik Nani, "Jangan dia salah faham sudah. Saya datang bawak Hasanah kan?".
"Tak apa. Nanti saya jelaskan. Mungkin dia pun dah letih tu..", balas Nani tersenyum dengan gurauan Farhan. Sebelum pulang, Hasanah menyalami tangan Nani dan mengucapkan terima kasih atas khidmat nasihat yang diberikan. Lalu, Nani menghantarkan mereka sehingga ke pintu pagar. Sebelum naik ke atas, Nani sentiasa memastikan pintu rumah dan tingkap dikunci dengan baik. Ini semua untuk keselamatan bersama. Dia juga memastikan dapurnya bersih sebelum tidur supaya keesokan pagi hari dia sudah tidak perlu bersusah-payah membersihkan pinggan mangkuk yang bersisa di dalam singki. Terasa lapang hati setelah menyelesaikan semua kerja-kerja yang patut.
"Baru boleh naik atas sekarang..", senyum Nani puas sambil di tangan membawakan susu panas buat suaminya.

Setelah itu, Nani naik ke tingkat atas. Pintu dikuak, dan terlihat sekujur tubuh yang terbaring di atas katil. Nani duduk di birai katil bersebelahan Afandi. Dia mengejutkan Afandi perlahan, lembut," Awak.. Bangun minum susu dulu." Afandi tidak membalas.
 "Abang.. Bangun la. Minum susu dulu", kejut Nani lagi sambil tangannya memegang wajah Afandi. Afandi terjaga dengan sentuhan itu. Bingkas dia bangun, mengambil susu di tangan Nani. Tersenyum Nani bila Afandi menggosok mata seperti anak kecil. Sewaktu Nani menyuakan susu panas itu, jelaslah pada penglihatan Afandi akan kesan luka pada dahi Nani dek terhantuk pada meja petang tadi. Lamunannya terhenti.
"Saya nak gosok gigi dulu. Awak dah?", soal Nani. Tidak berjawab. Apabila Nani keluar dari bilik air yang terletak di bilik tidur mereka juga, Afandi bersuara,
"Siapa tadi? Kenapa tak cakap ada kawan datang? Lelaki pulak tu..".
" Kawan pejabat Nani tu, Farhan. Dia bawa adik dia, Ada masalah belajar sikit. Maaf, tak cakap dulu kat awak dia orang datang. Tiba-tiba aje dia orang dah muncul depan rumah..", jawab Nani perlahan.
"Tak ada pun adik dia tadi? Perempuan ke lelaki?", soal Afandi.
"Adik tu tadi ke tandas sebab tu awak tak nampak tadi. Hasanah namanya. Baru je tingkatan 3. Kesian la budak tu macam adik saya juga..", jawab Nani lagi.

Perbualan mereka berakhir. Walaupun terasa tegang hubungan itu, mereka masih tidur di bilik dan katil yang sama. Senyap. Sunyi. Setiap malam begitu. Seolah tidak ada apa-apa. Nani terasa ingin meluahkan perasaanya. Ingin bertanya kenapa suaminya selalu marah-marah dan selalu dingin dengannya. Dalam diam, cuma Afandi yang telah menawan hatinya. Mungkin tak ada orang lain lagi yang bisa menggantikan tempat Afandi. Lelaki itu sangat dia kasihi dan sangat dia kagumi. Dia juga tidak pasti kenapa Afandi yang menjadi pilihan hatinya. Tapi, bila mereka sudah berkahwin, dia tidak dilayan sebaiknya. Layanan yang patut sebagai seorang isteri. Bertepuk sebelah tangankah dia..?Bukankah Allah swt sudah berfirman dalam Al-Quran yang mengatakan isteri-isteri itu ladang bagi suami.
"Hmm.." keluh Nani perlahan. Nani cuba bersangka baik pada Afandi. Apalah gunanya berburuk sangka. Afandi di sebelah telah lama pejamkan mata. Nani mengintai disebalik bantal peluk yang memisahkan mereka.
"Nani sayang abang..", ucap Nani perlahan setulus hatinya sambil mngucup dahi dan mengusap lembut kepala suaminya. Lalu Nani tidur walhal, Afandi di sebelah hanya tidur-tidur ayam selepas dikejutkan Nani tadi. Dia terkedu bila Nani menciumi dahinya dan mengucapkan kata-kata itu. Terasa sebak dadanya. Nafasnya seolah tersekat.
" Maafkan aku, aku tak bisa jadi suami yang baik..", keluh Afandi sendirian.
Memikirkan tentang hal tadi, Afandi jad tak keruan. Cemburukah dia? Kenapa perlu perasaan itu hadir padanya pada saat begitu? Apa yang sedang bermain di fikirannya sebenarnya? Afandi keliru dengan perasaannya sendiri.
Malam itu masing-masing tidur dengan hati yang meninggalkan persoalan demi persoalan. Mungkin tidak terjawab sekarang. Nani mahu tahu dan Afandi harus perjelas. Dalam tertanya-tanya begitu, Nani dan Afandi tertidur akhirnya.

Perkahwinan itu...

Saturday, July 2, 2011

..Di Persimpangan..

Segalanya bermula sejak dia bergelar seorang isteri. Ujian demi ujian dihadapi dengan hati yang cekal. Betapa hatinya tegar menerima semua ujian itu sebagai takdir dari Tuhan, yang menentukan segalanya buat hamba-hamba-Nya. Sesekali dia merenung jauh, cuba mengerti semua ujian itu. Mungkin kerana dosa-dosa pada ibu bapanya dulu, yang dikira anak derhaka. Dia tertunduk, menangis sedalam lubuk hatinya. "Aku berdosa, maafkan Nani ibu ayah", sendu Nani perlahan dalam esak tangisnya. Dia terasa mahu berlari jauh, jauh dari semua insan sekeliling yang mengenalinya. Dalam asyik melayan perasaan, Nani bingkas bangun bila pintu rumah diketuk. "Oh! Mungkin abang dah balik..", katanya sendirian, tidak menyedari jam sudah pun menunjukkan pukul 5.30 petang.
Tersenyum Nani membuka pintu dan terlihatlah suaminya, Afandi yang masam mencuka. "Mungkin banyak masalah di pejabat, kesian abang..", bisiknya di dalam hati. Sejurus Afandi masuk ke rumah, Nani menyalami tangan suaminya. Afandi menarik tangannya kembali acuh tak acuh. Lalu segera Nani ke dapur membawa segelas air Blackcurrant sejuk. Tiba-tiba suaminya bersuara setelah air sejuk itu disua Nani, "Yang awak ni menangis kenapa pulak?". "Eh! mana ada abang, Nani cuma kemaskan bilik tadi berhabuk sampai berair mata Nani.." jawab Nani lembut sambil mngelap air mata yang masih berbaki. Cuba menyembunyikan hal sebenar. "Aku ni balik penat, banyak masalah kat pejabat, cuba kau jangan buat aku serabut. Sikit-sikit menangis. Lembik betul la!", marah Afandi. Nani diam, hatinya menangis bila dimarah begitu. "Tak, bukan abang. Sebenanrnya..." belum sempat pun Nani menghabiskan katanya, Afandi membidas, "Kau jangan nak berabang-abang dengan aku la! Geli telinga aku ni dengar". Marah Afandi sambil tangannya mencengkam kuat rambut Nani. Terperanjat Nani dan terdiam diperlaku begitu. Tercampak Nani ke belakang ditolak kuat Afandi, tersadung kepalanya di meja kaca. "Abang...", rayu Nani perlahan sambil memegang kepalanya menahan sakit dek terhantuk tadi. Bingkas Afandi bangun dari duduknya naik ke bilik atas. Air yang dibawa Nani tadi tidak disentuh. Tiada rasa belas kasihan Afandi buat Nani. Nani sendiri tidak mengerti kenapa dia dilayan sebegitu oleh suaminya saban hari. Punya suri lainkah dalam hidup suaminya..? Seka Nani air matanya yang tiba-tiba menitis tanpa dipinta.

Di bilik, Afandi menghempas badanya di atas tilam empuk. Wangi, terasa nyaman Afandi berada di bilik tidur itu. Tetapi, bila teringatkan Nani, dia mengeluh, "Ahhhhh... Perempuan tu!". Dalam keletihan begitu, Afandi tertidur. Selesai masak, Nani naik ke bilik atas ingin menjenguk suaminya. diketuk bilik Afandi, tapi tidak berjawab. Segera dia membuka pintu, melihatkan suaminya terbaring di atas katil tanpa mandi, sejurus naik tadi. Nani duduk di tebing katil, membetulkan duduknya, merenung wajah insan yang dicintainya sambil tangannya mengusap lembut wajah itu. Afandi terjaga. "Apa kau buat?", marah Afandi. "Dah pukul 6.30 bang, bangunlah. Pergi mandi ye, Nani dah siapkan makanan. Boleh kita makan sama", ajak Nani lembut. Afandi terpandang wajah Nani, dikepalanya sedikit merah dan ada kesan luka. "Kasihan isteriku..", getus Afandi diam dalam hati. Sambil Afandi di bilik air, Nani menyiapkan pakaian untuknya. "Aku nak keluar, ada majlis, tolong gosokkan baju", ringkas Afandi memberitahu dan memberi arahan tanpa rasa bersalah kerana Nani bersusah-payah memasak untuknya. Ajak pun tidak untuk bersama ke majlis tersebut. Terkedu Nani, lalu menjawab "Iye bang..".

* * * * * * * * * *
Nani menjamah nasi sendirian. Makan sebagai syarat untuk tidak berasa lapar. Tapi hatinya, terasa hiba. Sesenduk nasi sudah cukup buatnya. Perlahan-lahan dia menyuapkan nasi ke mulut. Sup ayam berempah kegemaran Afandi itu, dimasak sepenuh hatinya tapi terasa tawar sekali untuk dihirup. Dihabiskan saki-baki yang tinggal begitu perit sekali untuk ditelan hidangan tersebut. Dia bangun seusai makan. Mengemas meja, mencuci dapur. Sehabis mengemas, dia menonton televisyen. Menonton dengan hati yang kosong walaupun cerita yang dimainkan adalah cerita kegemarannya, White Chicks the series sambil di tangan memegang secawan susu panas.

Di majlis, Afandi bertemu rakan-rakan. Kelihatan begitu gembira menjamu di keramaian orang begitu. Tidak langsung teringat akan Nani yang keseorangan di rumah. Afandi nampak ringkas tapi menarik dengan baju T berkolar berwarna biru hijau bercorak melintang. Dari kejauhan ada seseorang memerhatikannya. "Hey Fandi! Mana wife kau yang comel tu? Tak ajak sama?", sapa Rahim dari belakang. "Hey Rahim... Awas mulut kau! Dia orang semua belum tahu aku dah berkahwin. Jatuh la saham aku macam ni..", gurau Afandi dalam amaran. Ketawa mereka bersama sambil Rahim menepuk bahu Afandi.

Jam sudah menunjukkan pukul 11, Afandi mahu bergerak pulang. Seelok pintu kereta dibuka, muncul seseorang menutupnya kembali. Afandi berang lalu melihat gerangan tersebut. "Oh! Cik Mastura..", terkedu Afandi. "Tak payahlah bercik-cik. Panggil Mas je. Where's your wife? Tak datang sama?", soal Mastura, salah seorang ketua di bahagian Human Resources, berbeza bahagian dari Afandi, Business Admin. 'Tak, dia tak nak ikut..", balas Afandi. "Tak nak ikut atau you tak ajak..?" tingkah Mastura memulangkan paku buah keras. "I dah letih, balik dululah" ringkas jawapan Afandi, membalas dengan selamba. Mastura menjuih bibirnya, tak puas hati dengan jawapan dari Afandi. Lalu meninggalkan tempat parkir tersebut.

Setibanya Fandi di perkarangan rumah.....

Friday, June 24, 2011

..Dunia ku Dunia mu jua..

Perghhhh.. tajuk mcm besar je nk cerita.. Padahal xde ape pun.. tak.. cume nak ckp pasal diri aku yg smakin berubah.. dr kecik, remaja, dewasa.... errr dh dewasa ker?? mcm xpercaya je. Masa skolah menengah dulu slalu fikir yg aku tak kan smpai umur skrg ni n rasa umur mcm skrg ni dh ckup besar n matang utk mngharungi cobaan dunia.. tp, bila dh smpai tempoh yg agak matang ni, xde la sangat.. semua org matang dgn pengalaman such as perkahwinan plus ragam manusia sekeliling.. Lama2 kita belajar.. kite blajar dgn benda sedih yg slalu dtg dlm hidup kita, bljar berdikari bila kita slalu rsa tertinggal n ketinggalan, belajar erti tabah bila terpaksa berdepan dgn sesuatu yg sukar, perit sendirian n lama2 hati kita dh tak rasa apa2.. nak mnangis pn dh tak ada air mata nk turun lagi.. sebab kita dh immune dgn smua situasi yg dtg.. Alhamdulillah, bagus lah kalau macam tu kan.. kalau kita menangis skalipun, bkn bermakna kita mngeluh dgn ujian Tuhan cuma air mata tu perlu utk mengekspresikn perasaan sedih n gembira kita.. Jadi, berterima kasih lah dgn manusia di sekeliling anda yg selalu buat anda menangis, ketawa, sedih, gembira n lain2..

Oh! ye.. mmg btul kita matang dgn pengalaman dan setiap pngalaman tu lain bg stiap org.. klu sama, tak menarik la kan dunia ni..? btul? stuju..? ye btul, stuju... Mcm dulu aku ckp pd sorg kawan, " eh apasal die jalan lambat sgt..?" n she replied, "klu smue org nk cepat je kelam kabut la dunia ni.." hehehe Bagus! jwpn yg cukup bernas dari Nurul Tasnim Saari.. walaupun dialog tu adlh dialog 9 tahun lepas, aku masih ingat.. haha ape ntah!

Perjalanan hidup kita mungkin tak sama. Ada org berkahwin awal, ada yg kemudian, ada yg dapat anak dulu ada yg kemudian ada yg..... tak payah ckp lah.. tragis sgt bunyi.. dr gemuk ke kurus, dr kurus ke gemuk, kmudian kurus balik.. haha perlu ke..? ; p
lepas dewasa, tua lepas tua... mati........ (=_=) mcm tu ke ekspresi muke sbetulnye..? oleh sebab itu, blog ini dinamakan Begins & Ends.. cop! aku cume nk ckp, aku pun xtau knapa air mata aku xturun lnsg msa Umairah pergi tu, tapi dlm hati rasa berkecamuk. <-------- cerite ni xpernah basi dlm kamus hidup aku. Mmg xde kaitan lnsg dgn statements yg kt atas tu. sekian, terima kasih sudi baca cerita merepek,,.... : ) hehe gelak ckit

Friday, June 17, 2011

..Telefon Baru..

Aku cuma nak cuba tepon baru ni. Yes!! Dapat bblog by using phone.. Hmm xsangka plak dpt bblog kt tepon.. Cuma keyboard kecik xmcm pc/laptop laa. A very thankful to lovely hubby.. Xmintak pun tepon baru cuma mintk hntr repair yg rosak sblm ni.. Tp sejak dpt ni asyik nk main game je. Tp xdela smpai terabai tanggungjawab sbg seorang isteri n mummy.. Yelaa selain blh berblog blh jugak download games free.. Tp xdela excited sgt sampai nk tgk 24 jam tepon ni.. Ade wifi best la, blh d/load mcm2 klu xde main game je eg. Angry Birds.. ; p
Selain blh bblog, fb, ym, utube, mcm2 laa.. Smpai xhbis nk crita. Sekian dlu. Bu-bai.
Published with Blogger-droid v1.7.1

Monday, June 6, 2011

..Life is an Adventure..



Menyesal dengan apa yang berlaku pun tidak ada guna.. Tapi aku selalu begitu, kadang2 rasa sedih. Walau bagaimanapun, macam yang aku pernah baca, 'The Past Let it Be'.. Kadang2 teringat peristiwa2 memalukan yg telah berlaku, tapi cepat2 padamkan bila fikir tak ada orang pun pernah ingat.. Apa pun sbnrnya semua tu sangat berguna untuk mengajar diri tentang erti kehidupan kerana kita membesar dan matang dlm tidak sedar, dgn pengalaman.. Semoga Tuhan memudahkan segala urusan kita utk terus mengharungi kehidupan di atas muka bumi ini..

Menelusuri denai kerinduan ini
Ku atur langkah mendaki cinta yang tertinggi
Perjalanan yang tidak seindah bicara
Penuh onak berduri harus ku tempuhi..
(Saff One.. Sandaran Hati)

Lagu tu sangat menyentuh hati setiap kali aku perdengarkannya.. Tak jemu-jemu rasanya bila selalu diulang-ulang dengar. Rasa sebak bila pertama kali aku mendengarkan lagu ni..

Setelah kesekian episod peristiwa kehidupan yang telah berlaku dalam hidup, aku rasa mahu menangis kerana begitu Tuhan menguji ku untuk terus hidup di atas dunia ini.. Bukan menangis kerana mengapa Tuhan telah menguji ku sebegitu rupa tapi kerana... Ntah! aku pun tak pasti kerana apa aku perlu menangis. Tapi yang pasti perasaan ku seperti tidak tertanggung. Takkan lah Allah mahu menguji andai aku tidak kuat..? Andai aku tidak dapat menerima semuanya sebagai sebuah takdir kehidupan..?

" (AllahSWT) yg mngetahui apa yg ada di hdpn mreka dan apa yg ada di belakang mreka, sedang mereka tidak mngetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki" (al baqarah 255)

Peristiwa-peristiwa kehidupan yang memeritkan itu semuanya telah menguji aku, telah mengocak ketenangan hati ku dan dalam diam mengajarkan ku maksud dan erti kesabaran dan ketabahan. Semuanya bermula sejak kejadian itu.. Kejadian yang telah mengubah persepsi manusia sekeliling ke atas diri ku. Aku kah yg bersalah..? Aku mahu menangis Tuhan, kerana peristiwa itu telah mencalar kewibawaan ku sbg seorang anak. Seolah aku mahu lari dari semua orang yang mengenali ku dan memulakan kehidupan baru walaupun perlu bangun sendirian.. Aku malu ya Tuhan.. Pada siapa lagi harus aku meluahkan agar mereka mengerti betapa perit dan sakitnya hati ini..? Aku memohon keampunan dari Mu jika aku adalah hamba yg jahil dan biadap.. Aku malu, aku malu....

Hari ini aku berdiri, memegang tanggungjawab sebagai seorang ibu, isteri, anak, pelajar dan yang pasti untuk seumur hidup aku, aku memikul amanah sebagai Hamba Allah.. Hingga ke hari ini betapa banyaknya dosa yang telah terkumpul dan cuma berapa banyak amalan yang telah aku buat untuk membasuh semula dosa2 yang terpalit di hati.. Tapi, Tuhan itu Maha Pengasih walaupun aku cuma dapat baca dengan mata kasar atas kejadian dan peristiwa kehidupan yang telah berlaku.. Setelah Tuhan meminjamkan pada ku Umairah Nasuha untuk 3 bulan, setelah suamiku dikejarkan ke hospital kerana ditikam, setelah berlakunya konflik dalam keluarga ku.. krn tidak dapat menjenguk ibu ku, krn aku tak hadir majlis merisik kakak ku dan krn aku tak hadir pd majlis perkahwinan kakak ku dan cuma krn aku mentaati lelaki bernama suami.. Siapa yg datang memberikan ku semangat saat aku lemah dan tersungkur tika Umairah nazak di NICU..? siapa yg datang menghiburkan hati ku tika suami ku di tahan di wad..? Siapa? Siapa yg sudi menjadi teman bicara tika aku rasa gundah..? Yang pasti 'dia' tak ada masa aku perlukan.. Mengapa tak hadir di saat itu...? Mengapa aku harus sendirian mengahadapi semua itu..? Salahkah aku? Salahkah?? Aku kah yang bersalah..? krn punya hati yg keras....? krn kita selalu tidak sefahaman...? Aku cuma mahukan pengertian dari mu.. Maafkan ku, andai aku adalah yg paling biadap, andai aku derhaka, andai lidah ku kelu untuk bicara sejujurnya...

Aku tinggalkan peristiwa sedih itu, peristiwa yang menyayat hati itu, hati aku..! Aku bukakan lembaran baru menjelang 2011, dan 13 Januari itu adalah satu permulaan yang indah bila lahirnya seorang putera yang ku kandung selama 9 bulan.. Suami ku namakannya Dhaniel b. Mohammad Hassan.. Andai ku sedih, Dhaniel jadi teman pengubat.. Walaupun dia tidak berkata tapi cukuplah dgn senyumannya, keletahnya yang buat aku tersenyum kembali..





Saturday, March 12, 2011

..Hidup Ini Ujian Tuhan..

Terasa sekejap masa berlalu.. Hari tu baru je masuk tahun baru, lip lap lip lap dh masuk bulan 3 dan sepantas itu juga Dhaniel membesar dengan sihat, alhamdulillah.. Esok 13 Mac 2011, genaplah usia Dhaniel 2 bulan.. Alhamdulillah.. Pujian setinggi-tinggi kerana Tuhan memberikan nikmat sihat untuk umat manusia.. Kehadiran Dhaniel dalam hidup benar-benar telah mengubat kerinduan di hati setelah sekian lama.. Kerinduan pada Umairah Nasuha... Bila Dhaniel membuka matanya dan memandang ke arah ku, terasa sayu... Anak ini tidak berdosa ya Tuhan... Anak yang suci, yang selalu memuji Tuhan tanpa kita ketahui pun..

Sekarang Dhaniel dh pandai nak berjaga siang.. Selalunya Dhaniel tidur, jaga untuk mnyusu saje.. Itu pun sekejap je dia nyusu dah lelap semula.. Dhaniel sudah pandai membahagikan masanya untuk bermain sekarang hehe anak ku oh anak ku... tapi lagi kerap untuk menyusu pada waktu malam.. 2 3 pagi.. Perli mummy ni Dhaniel... hehe Alhamdulillah semoga Dhaniel membesar jadi hamba Allah, anak yang soleh.. InsyaAllah, Amiinnn... Umairah susah nak jaga untuk menyusu, sebab baby prem dah terbiasa susu masuk ke perut terus semasa ditahan di NICU dulu.. Nurse di NICU suka cakap baby prem "malas".. geram betul bila mereka menyebut perkataan2 negatif pada budak2 yang nak membesar.. Masa umairah sudah dibenarkan pulang dulu, gembiranya rasa hati.. Tapi aku tak terfikir tentang sihat tubuh badan dia walaupun doctor kata dia dah 'sihat' dan boleh balik.. Cuma yang aku fikir diri aku, penat berulang-alik dari rumah ke hospital.. walaupun sudah 3 bulan tapi badan umairah tidaklah semontel Dhaniel walaupun Dhaniel belum sampai usianya 2bulan..

Tapi Tuhan itu Maha Kaya, Maha Bijak... Patah tumbuh, hilang berganti.. Umairah pergi, Allah gantikan dengan Dhaniel.. Bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat menjadi seorang ibu.. Tuhan itu benar-benar Maha Kaya, Maha Adil..


Semua ibu bapa mahukan yang terbaik dari anak-anak dan sebolehnya ingin memberikan yang terbaik jua buat mereka.. Dulu aku tak percaya bila orang kata, walau sekor nyamuk pun emak tak nak bagi hinggap pada anaknya.. Sekarang aku merasainya sendiri.. Bila Dhaniel kne gigit dek semut api aku risau.. cepat2 sapukan ubat... Alhamdulillah krn Allah telah memberikan kesempatan ini untuk aku merasai pengorbanan seorang ibu.. Seusai di hantar ke wad selepas melahirkan anak, aku hantar mesej pada umi.. Mohon ampun atas segala kesalahan, kesilapan dan ketelanjuran selama ini lisan mahupun perbuatan.. Baru tersedar ya Allah, betapa sakitnya menahan sakit bersalin.. Rasa nak terputus urat kat pinggang! Masa bersalinkan umairah dulu aku tak merasai kesakitan sepertimana sakit semasa melahirkan Dhaniel.. Mungkin sebab Umairah tak cukup bulan dan saiz badannya pun kecil..


Benarlah hidup ini ujian Tuhan, menguji kita hamba-Nya.. dan pengalaman yang kita ada mengajarkan kita serba-serbi tentang kehidupan dan hari ini aku mengerti bila orang selalu kata hidup ini ibarat RODA, ada naik dan turunnya.. Bila Tuhan mentakdirkan itu ini untuk kita bersyukurlah, kerana disebalik semua itu Tuhan telah menjanjikan hikmah yang tak dapat kita mengerti permulaannya.. Sebelum mengakhiri, lirik lagu dari kumpulan Firdaus Putaran Kehidupan menjadi penambah rasa sajian pada kali ini.. ; ) Terimalah------>


Hapuskanlah air mata mu

Redha dan teruskanlah usaha mu

Pasti kau akan mengerti

hidup ini putarannya tersendiri...

Hentikanlah air mata mu

Biarkanlah kisah duka itu berlalu

Mendung hari takkan selalu

Sinar bahagia pastikan kau ketemu...