Friday, November 23, 2012

I Hate to Turn Up Out of the Blue Uninvited


I heard that you're settled down
That you found the girl
And you're married now..
I heard that your dreams came true
I guess she gave you things
I didn't give to you

'Old friend'...
Why are you so shy?
It ain't like you to hold back or
hide from the lie
I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it
I had hoped you'd see my face
And that you'd be reminded that for me it isn't over

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love,
but sometimes it hurts instead.." 


Adele_ Someone like you

Tuesday, November 20, 2012

.:Kita Semua SAMA Sahaja:.

Manusia, perempuan pula, kadang2 hatinya  kuat, kadang2 berasa sangat lemah.. Bila hati menangis, terasa ia sangat terluka.. Kehidupan hari ini benar2 menguji.. Sehingga berasa tidak cukup lagi nafas.. Sehingga tidak cukup lagi ubat untuk merawat semua calar..

Bila teringatkan peristiwa2 yg menyedihkan, ingatkan ku untuk istighfar.. ingatkan ku untuk ingat semua yg berlaku dan hadir hari ini adalah kerana Nya, dan bukan kerana siapa2..Jika hnya mahu duduk mengenang dan merenung sahaja di atas semua yg berlaku, mungkin hanya membuang masa.. kehidupan mesti diteruskan walaupun terasa BERAT, PAYAH, SUKAR, PERIT!! Semua ini adalah ujian sebagai hamba.

Kata2 semangat dan sokongan dari sahabat2 dan teman2 buat aku kuat untuk terus melangkah.. walaupun di setiap sudut jalan penuh liku dan cabaran..

Baru2 ini ku terima satu kata2 yg pada ku sangat bermakna, terima kasih sahabat.. Terima kasih krn menghadirkan hati mu untuk memahami.. Aku bersyukur, krn menjumpai sahabat seperti mu.. Ku titipkan kata2 mu di sini, krn berasa sangat terharu..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Assalamualaikum Yasmin Fauzi..i have been thinking about you. You are one of the bravest women i know. You have been tested long and hard yet you still stand strong. I trust that youll make the right decisions for yourself and your son and also the baby to come. Do whats right for you. Take care of yourself my dear friend. May ALLAH S.W.T bless and guide you always. Amin.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terima kasih ku ucapkan.. walaupun jarak kita jauh, tapi aku berasa hati2 kita sangat dekat.. memang tak ada perkataan utk diucap bila hati terluka.. kata2 dari seorang adik ini juga buat semangat ku pulih dan datang kembali..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


smlm aku berjumpa dgn shbt yg hebat benar hidupnya diuji..beruntungnya dia krna dgn ujian itu dia dekat dgn tuhannya..

mlm ini aku berjumpa seorang lg yg hidupny diuji begitu hebat..kau beruntung diuji kuat begitu shbt..krna dgnny,kau dkt dgn tuhanmu.sedang ramai lg dikelilingmu leka dgn ujiannya...

hebat sepmu kak yasmin


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s: Saya tidak akan menyerah dan tidak mahu jadi yg kalah dlm kehidupan. Bukan kerana degil, tapi kerana saya harus kuatkan hati utk kehidupan ini!!

Friday, November 9, 2012

Di manakah letak hati mu..?

Ku tak habis fikir
kurangku di mana
kau tega melepaskan aku..
Jauh ku menatap
namun terlalu jauh
Imaginasiku terberai..

Terdiam aku
Beku tanpa mu
Di manakah letak hati mu..?

Kau putuskan untuk mendua
Dengan dia di belakang ku
padahal ku
pilih kamu
Jadi CINTA TERAKHIR...

Astrid_Mndua

Sunday, November 4, 2012

..:HATI INI:..



Kehidupan di dunia ini ibarat layang-layang..  terbang kerana ada nya angin dan akan jatuh bila tidak ada lagi bantuan angin yang menggerakkan. Seperti juga kehidupan kita, menggerakkan diri kita adalah Allah, yang juga mematikan kita juga Dia, Tuhan Yang Pengasih.. Tetapi, benarkah kehidupan ini boleh disamakan seperti layang-layang..? Mungkin..

Kerana layang-layang tidak berdaya untuk terbang di langit bila hujan, mungkin tputus dari tali bila ditiup angin yang kencang.. kehidupan ini mungkin juga dicorakkan begitu.. kita berasa tidak berdaya untuk bangun bila ujian datang mencurah-curah dan kadang-kadang kita hanyut bila leka dan terlalai.. Mungkin suatu hari kita menyesal, tapi penyesalan yang tidak dapat mengubah apa-apa melainkan taubat..

Kehidupan ini memerlukan kita punya banyak pilihan, dan yang datang itu selalu yang tak diduga dan tak disangka.. Dan kita sangka yang hadir itu adalah TAKDIR  untuk kita!! Dan sebab lemahnya iman, kita terima.. Kita cuba berprejudis dengan nafsu, kita katakan “Allah berikan itu kepada aku!”, tapi kita mungkin tak sedar yang Allah menghadirkan semua yang tak dijangka itu hanya untuk menguji kita sahaja.. Kita lupa. Bila penyesalan datang, kita mula merasa diri BODOH dan TOLOL.. Tidak mungkin dapat kembali ke waktu asal sebelum kita melakukan perkara yang membawa penyesalan itu.., kita Cuma ada TAUBAT. Dan selepas itu, tidak tahu lagi bagaimana Allah merencanakan kehidupan kita..

***********************************************************************************

Kadang-kadang aku merasa tidak berdaya untuk menerima semua yang datang ini sebagai UJIAN yang di’hadiah’kan dari Allah khas utk aku.. Kerana ujian dan dugaan itu, Allah telah banyak membuatkan aku menangis, menangis sehingga aku merasa aku tidak ada apa-apa dan siapa-siapa lagi di dunia ini.. Kehidupan di dunia ini sungguh tidak adil dan aku tidak, tidak sama sekali menyimpan harapan utk terus hidup di bumi yang fana ini! Aku percaya kalian juga begitu..
Berhentilah dari lakonan, berhentilah dari mengharap, berhentilah dari menagih simpati  dari manusia2 durjana kerana semua itu menipu belaka. Bak kata seorang teman: “I choose…to live by choice, not by chance. To make changes, not excuses. To be motivated, not manipulated. To be useful, not used. To excel, not compete. I choose self-esteem, not self pity. I choose to listen to my inner voice. Not the random opinion of others.” Kehidupan ini terlalu banyak mengajarkan aku.. Walaupun aku berasa sangat bodoh bila ditipu, dianiaya, teraniaya, dan dikhianati tapi aku belajar utk bangun, kuatkan hati sendiri walaupun berasa sangat tidak berdaya ketika itu!!

Aku harus terima dan REDHA, kehidupan yang mencabar ini memang telah Allah tentukan dan Cuma Dia sahaja tahu apa yang terbaik untuk aku dan apa di sebalik rancangan-Nya..


                                         Pernah tergambarkah kondisi hati yang penuh luka..?


p/s: Mungkin terlalu emosi… Diri ini sangat lemah, walaupun selalu berpesan pada diri, semua yang berlaku atas dunia ini adalah kerja Allah tapi hati berasa tidak berdaya untuk terus terima dan terus bertahan dengan pengakuan itu. Kehidupan ini terlalu memeritkan!!  Doakan saya terus diberi kekuatan, Semoga Allah juga memberikan yang terbaik buat kalian. Belum sempat nak sambung cerita pasal Nani, sekarang tengah final sem, doakan sy dapat akhiri sem ini dengan berjaya dan cemerlang. Amin..