Kehidupan di dunia ini ibarat layang-layang.. terbang kerana ada nya angin dan akan jatuh
bila tidak ada lagi bantuan angin yang menggerakkan. Seperti juga kehidupan
kita, menggerakkan diri kita adalah Allah, yang juga mematikan kita juga Dia,
Tuhan Yang Pengasih.. Tetapi, benarkah kehidupan ini boleh disamakan seperti
layang-layang..? Mungkin..
Kerana layang-layang tidak berdaya untuk terbang di langit
bila hujan, mungkin tputus dari tali bila ditiup angin yang kencang.. kehidupan
ini mungkin juga dicorakkan begitu.. kita berasa tidak berdaya untuk bangun
bila ujian datang mencurah-curah dan kadang-kadang kita hanyut bila leka dan
terlalai.. Mungkin suatu hari kita menyesal, tapi penyesalan yang tidak dapat
mengubah apa-apa melainkan taubat..
Kehidupan ini memerlukan kita punya banyak pilihan, dan yang
datang itu selalu yang tak diduga dan tak disangka.. Dan kita sangka yang hadir
itu adalah TAKDIR untuk kita!! Dan sebab
lemahnya iman, kita terima.. Kita cuba berprejudis dengan nafsu, kita katakan
“Allah berikan itu kepada aku!”, tapi kita mungkin tak sedar yang Allah
menghadirkan semua yang tak dijangka itu hanya untuk menguji kita sahaja.. Kita
lupa. Bila penyesalan datang, kita mula merasa diri BODOH dan TOLOL.. Tidak
mungkin dapat kembali ke waktu asal sebelum kita melakukan perkara yang membawa
penyesalan itu.., kita Cuma ada TAUBAT. Dan selepas itu, tidak tahu lagi
bagaimana Allah merencanakan kehidupan kita..
***********************************************************************************
Kadang-kadang aku merasa tidak berdaya untuk menerima semua
yang datang ini sebagai UJIAN yang di’hadiah’kan dari Allah khas utk aku..
Kerana ujian dan dugaan itu, Allah telah banyak membuatkan aku menangis,
menangis sehingga aku merasa aku tidak ada apa-apa dan siapa-siapa lagi di
dunia ini.. Kehidupan di dunia ini sungguh tidak adil dan aku tidak, tidak sama
sekali menyimpan harapan utk terus hidup di bumi yang fana ini! Aku percaya
kalian juga begitu..
Berhentilah dari lakonan, berhentilah dari mengharap,
berhentilah dari menagih simpati dari
manusia2 durjana kerana semua itu menipu belaka. Bak kata seorang teman: “I choose…to live by choice, not by chance.
To make changes, not excuses. To be motivated, not manipulated. To be useful,
not used. To excel, not compete. I choose self-esteem, not self pity. I choose
to listen to my inner voice. Not the random opinion of others.” Kehidupan
ini terlalu banyak mengajarkan aku.. Walaupun aku berasa sangat bodoh bila
ditipu, dianiaya, teraniaya, dan dikhianati tapi aku belajar utk bangun,
kuatkan hati sendiri walaupun berasa sangat tidak berdaya ketika itu!!
Aku harus terima dan REDHA, kehidupan yang mencabar ini
memang telah Allah tentukan dan Cuma Dia sahaja tahu apa yang terbaik untuk aku
dan apa di sebalik rancangan-Nya..
Pernah tergambarkah kondisi hati yang penuh luka..?
p/s: Mungkin terlalu emosi… Diri ini sangat lemah, walaupun
selalu berpesan pada diri, semua yang berlaku atas dunia ini adalah kerja Allah
tapi hati berasa tidak berdaya untuk terus terima dan terus bertahan dengan
pengakuan itu. Kehidupan ini terlalu memeritkan!! Doakan saya terus diberi kekuatan, Semoga
Allah juga memberikan yang terbaik buat kalian. Belum sempat nak sambung cerita pasal Nani, sekarang tengah final sem, doakan sy dapat akhiri sem ini dengan berjaya dan cemerlang. Amin..

Saya sentiasa doakan min! Walaupun tak pernah bertanya atau berkata, saya sentiasa cuba memahami apa yg sedang min alami, dan mendoakan agar dikurniakan yg terbaik buat min. Moga esok masih ada sinar utkmu SAHABAT....
ReplyDeletei will always pray for the best for you....love you truely as a dear friend
ReplyDeleteBersabarlah sahibahku.. hati kecilku memahami prasaan mu krna kta sma2 wanita
ReplyDelete