Monday, November 23, 2009

Merindukan mu..


Saat aku tertawa di atas semua..
Saat aku menangisi kesedihan ku..

Aku ingin engkau selalu ada..
Aku ingin engkau..
Aku kenang..
Selama aku masih bisa bernafas..
masih sanggup berjalan
ku kan selalu mengingati mu
meski ku sedia tahu engkau ada di mana
dengarkan aku..
KU MERINDUKAN MU..

Monday, November 16, 2009

Lukisan Hidup

Tiba-tiba terasa kehidupan yg aku lalui atas dunia ni bagaikan sebuah "Lakonan". Bak kata UNIC;

"Mungkin ku bukan watak utama dlm pentas lakonan dunia, bimbangi juga ku turut sama pastinya aku yg binasa"

dalam sebuah nasyid "SATU TEKAD".. Apa yg membuatkan aku menilai sedemikian, apabila aku melihat ujian yg Allah timpakan pada aku satu demi satu.. Bukanlah coretan ini bermakna aku merungut, lagipun Allah lebih tahu.. tapi, sekadar mengingatkan diri yg sering alpa sebab tu Allah selalu timpakan musibah pada aku dan suami..

Belum pun habis rasa sayu kehilangan anak tercinta; Umairah Nasuha, 10 hari kemudian suami ku bergaduh dengan abang kandung nya yg mengalami sakit mental sehingga berlaku nya tragedi tumpah darah.. Keadaan di rumah ketika itu kelam kabut dan aku rasa jantung aku seolah-olah nak terkeluar. Aku tak tengok dengan mata aku sendiri kejadian seorang abang menikam seorang adik kandung nya sambil berkata "Nah, ambik hang!". Sehingga sekarang ayat tu masih terngiang-ngiang di telinga suami ku.

Selalu aku tgk cerita mcm ni dlm tv tp tak sangka Tuhan blh uji sapa2 je yg Dia nak.. Subhanallah..

Thursday, November 5, 2009

Email dari sahabat

At tirmizi dan Ibnu Hibban telah meriwayatkan dari Abu Musa Al Asya'ri r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud:

"Apabila mati seorang hamba Allah berkata kepada malaikatNya: kamu telah mngambil nyawa anak hamba Ku.
Jawab para malaikat: Benar!
Allah berkata: Kamu mengambil buah hatinya.
Jawab para malaikat: Benar!
Allah berkata: Apa kata hamba Ku?
Jawab para malaikat: Dia telah memuji Mu dan mengucapkan Innalillahi wainna ilaihiraji'un.
Allah berkata: Dirikanlah bagi hamba Ku itu sebuah rumah di syurga, dan namakan rumah itu "Baitul Hamd ( Rumah Kepujian) "

Wednesday, November 4, 2009

Khatimah Cinta 6ixth sense

oh kidung malam nyanyikan lagu
rindu hati ku yang terpendam
oh bintang malam
lukis wajah ku
katakan aku pergi..
genggamlah cinta yang ku berikan
simpanlah selalu
dalam hati..
Ku akan selalu dalam mimpi mu
menemani tidur mu..
c/o Sudah lah sudah
ku harus pergi
jangan kau tangisi aku lagi
biar ku bawa seluruh cinta mu
ku dakap dalam tidur panjang ku..
Peluk tubuh ku
kucup bibir ku
relakan saja aku pergi..
p/s: bila dengar lagu ni seolah2 umairah datang bisik kat telinga. chorus lagu ni buat aku rasa terkenang kan umairah..

Umairah...Tunggu Umi...

Terasa sekejap je masa berlalu bila terkenangkan hayat Umairah cuma 3 bulan 10 hari di atas dunia ni.. Allah lebih tahu.. Bila doktor mengesahkan Umairah telah pun pergi hujan turun rintik2, dan ketika pengebumiannya juga hujan turun semakin lebat..


Kehidupan kita di dunia ni sebenarnya tak ada apa pun, datang n pergi semuanya kerja Tuhan.. Waktu sesingkat itu aku patut bersyukur kerana Allah sempat memberikan aku rasa kasih n sayang pada anak dan pengalamn menjadi ibu.. Semuanya berlaku dngan pantas..

I Love You, My Dear..




Perginya Umairah Nasuha tetap jadi ingatan dan kenangan di hati buat selamanya..


(4 november 2009)


Sunday, October 18, 2009

Ur Support r Really Appreciated!

mar ishak: salam buat min. tahniah! moga Allah beri kesihatan dan kemudahan buat min, baby n family..

wafiqah_insyirah: Alhamdulillah. .tahniah dengan kelahiran permata hati..juga tahniah kerana berjaya mengharungi ujian melahirkan bayi pramatang..belum semua ibu dapat menghadapinya. .InsyAllah. .Allah pilih min sbb min seorang yang kuat jiwa dan semangat..Semoga Allah anugerahkan kemurahan rezeki dan kesihatan buat min dan anak..ameen. .

fatimah adi: salamu'alaykum. .
tahniah pada Yasmin Abu YAzid atas kelahiran anak tercinta.

miss girl:
Assalam Min, kak ainna harap Min bnyk bersabar ye. Akak doakan kesihatan baby min dapat di kawal.Btw, tahniah semoga Allah midahkn semua urusan Min n family. AMIN

fs_loveislam: Bila agaknya waktu yang sesuai kak ha boleh ziarah min? dalam masa terdekat ni. rindu lah.

Mumtazah Tumian:
Assalamualaikum
Tahniah Ukhti Yasmin, khas buat ukhti:-

بورك لك بالموهوب وشكرت الواهب ورزقت بره وبلغ أشده

" Semoga Allah memeberkatimu dengan anak yang baru dikurniakan, dan anda akan mensyukuri Pengurniaan Allah, dan anda diberi ketaatannya, dan dia akan mencapai usia lanjut"

Orang yang menerima tahniah itu, hendaklah menjawab:

بارك الله لك وبارك عليك ورزقك الله مثله

"Semoga berkat Allah bagimu, dan berkat-Nya atasmu, dan Dia akan mengurniakan juga kurnia yang sama."

( Riwayat Saidina Al-Hasan bin Ali dan Daripada Imam Al-hasan Al-Bishri r.a.)

-Rujukan Pendidikan anak-anak dalam Islam , Abdullah Nasih Ulwan, Jilid 1, Fasal 6 (Tanggungjawab Pendidikan Sosial), muka 555-

  • Semoga Allah permudahkan sahibah2 yang bakal menyusul. Amin. Doakan ana juga.
  • Semoga Allah bantu untuk memikul amanah dan tanggungjawab besar ini.Melahirkan dan membina generasi pewaris yang Allah s.w.t. redhai. Hajat doa semua. Ya Allah bantulah hambaMu untuk melaksanakan Ubudiyah kepadaMu. Amin Ya Allah.
syaheed awal prO: Tahniah Min, semoga Umairah Nasuha setabah ibunya...

qamar zahra:

Salam pd warga laman Islami yang ana rindui selalu!
Sahibah2 yang ana sayangi dan kagumi!
Moga kita semua dalam kerahmatanNya setiap saat.
Tahniah buat min yang dikasihi. Mg segalanya kheir, insya Allah. Akak bangga dengan min, mujahidah kental.
Sama2 kita panjatkan du'a buat sahibah kita ini dan umat Islam yang lain juga di luar sana;-)
Wassalam.

safi ar rahman:
Ya Allah...besar nya pengorbanan ibu.
bru tau btapa penat n lelah mnjaga. apatah lg ketika bersalin.

moga Allah kurniakn n limpahkan kbahagiaan ddunia n akhirat.

doa ana sntiasa mengiringi min n family.

Salam Juang,

Safi ArRahman

nurfarhana hana:

salam...

dear min,

my sahibah, my neighbor and etc..hehehe
rindunyer..
barakallahu fik atas kelahiran cahaya mata yg pertama
semoga Allah mudahkan segala urusan min and keluarga..
take care,.jage diri n baby baik2..
best of luck..
doa kami sntiasa mgiringi min..
wslm
hana nasir