Friday, July 15, 2011

..Di Persimpangan..(sambungan ke-8)




Tiba-tiba, Nani jatuh terjelepok dan terlepas dari pelukan Afandi.  Afandi terkejut.

Dari lubang hidung Nani, mengalir darah yang keluar berterusan.

“Nani, kenapa ni..? Nani..”, tanya Afandi sesekali dia menampar perlahan pipi Nani.

“Abang.. Nani, Nani…”. Belum sempat Nani menghabiskan ayatnya dia terbatuk lalu tersembur keluar  pula darah dari mulutnya.

Mata Nani terpejam. Afandi cemas. Dia segera menelefon ambulans.


* * * * * * * * * * * * *

“Encik suaminya?”, tanya doktor Amal yang mengajukan soalan itu kepada Afandi.

“Ya, saya.”, jawab Afandi sayup.

“Terlebih dahulu kami memohon maaf jika kami tersilap. Selepas ujian darah diambil ke atas isteri encik kami dapati sebenarnya dia telah menghidap kanser sel darah putih atau yang selalu kita dengar, Leukemia. Selalunya pesakit leukemia harus menjalankan ujian darah secara rutin, baru kami dapat sahkan dengan yakin. Untuk pengetahuan encik lukemia adalah sel-sel darah putih yang terbentuk secara abnormal. Walaupun ia sebenarnya adalah sebahagian daripada sistem pertahanan badan namun sel-sel ini tidak dapat melakanankan peranan mereka. Disebabkan abnormal itulah mereka tidak dapat berfungsi dengan baik. Salah satu simptom penyakit memang ada, pendarahan yang tak normal. Lain-lain tu belum pasti sebab kita kena tanya dengan isteri encik sendiri. Saya harap encik faham dengan penerangan saya.”, terang doktor Amal panjang lebar.

“Ada apa-apa yang encik mahu tahu lebih lanjut lagi?”, tanya doktor apabila Afandi cuma mendiamkan diri selepas diterangkan tentang keadaan Nani tadi.

“Kritikalkah keadaan isteri saya sekarang?”, tanya Afandi selepas lama berdiam.

Senyum doktor sebelum menjawab.

“Harap encik bersabar. Esok pagi kami akan diagnose pesakit dengan lebih detail. Sekarang dah malam, lagipula isteri encik masih dalam keadaan tidak sedarkan diri. Ini boleh menyukarkan kerja kami. Selepas kami sahkan, kami akan inform encik”, jawab doktor.

“Encik boleh pulang dulu, esok pagi boleh datang semula. Mungkin esok isteri encik akan sedarkan diri. Bersabarlah.”, kata doktor sambil menepuk bahu Afandi.

Afandi pulang. Dia masih tergamam dengan apa yang didengar sebentar tadi dari doktor. Kepalanya terasa seperti dihempap batu yang sangat besar. Adakah itu balasan yang sepatutnya diterima kerana melayan Nani sebegitu..? Afandi bingung. Dia juga tidak tahu kalau Nani telah lama menyembunyikan tentang hal itu darinya. Dalam jauh melayan perasaan tidak semena-mena ada sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan membunyikan hon kepada Afandi. Afandi terkejut dan dengan pantas terus membelok ke kiri. Dia terbabas.

Walau bagaimanapun, Afandi selamat. Dia hanya melanggar sebuah gerai terbiar di tepi jalan itu.

“Astaghfirullah..”, keluh Afandi.

Malam itu Afandi keseorangan di rumah. Jam sudah pun menunjukkan pukul 5 pagi. Lama benar dia di hospital tadi. Begitulah kebiasaannya bila berurusan di hospital kerajaan. Dalam keadaan kecemasan tadi hilang rasa mengantuk dan letihnya. Afandi tidak berasa mahu tidur.

Dia naik ke bilik ingin merebahkan badan untuk menghilangkan rasa penatnya sementara menunggu azan subuh. Lagipula, seharian dia di luar.

“Lagi setengah jam lagi. Baring kejaplah.”

Di atas katil itu dia termenung. Siling direnung sesekali matanya melihat ke kipas yang sedang berpusing. Mindanya kosong. Tiba-tiba dia terbau wangi. Dia kenal wangian itu. Wangian yang selalu dipakai Nani setiap kali mahu tidur. Tetapi, wangian itu tidak pernah sekali pun membuatkan dirinya tergoda. Namun, pada malam itu wangian itu seolah telah menggoyah hati lelakinya. Terasa berderau darahnya ke seluruh pelosok tubuh.

Dia beralih ke kiri. Tempat tidur di sebelahnya itu, walaupun kosong diusap perlahan. Seperti mengusap seseorang yang menghuni di situ.

Beberapa minit kemudian, dia mendengar seseorang menangis. Dia beralih. Dia lihat Nani bersimpuh di lantai sedang menangis di tepi katil bersebelahannya. Tangisan yang teresak-esak. Afandi terasa sayu. Dia bingkas bangun. Dipegangnya sisi bahu Nani dan diangkat isterinya itu perlahan. Membiarkan Nani duduk  di sebelahnya. Nani masih tertunduk dan menangis. Afandi memeluk Nani dengan kuat sekali. Mengusap lembut belakang dan kepala isterinya. Sesekali dahi Nani dicium.

Dahi mereka bertemu. Kepala Afandi juga tertunduk seperti Nani. Afandi seolah dapat merasakan hembusan nafas Nani. Dia menjarakkan diri dengan Nani dengan memegang bahu isterinya itu. Jarak mereka boleh dikatakan hanya sejengkal. Afandi merenung. Merenung ke bibir isterinya itu, yang tidak pernah selama ini dikucup. Afandi sedikit ke depan, mendekati isteri yang kehausan belaian darinya. Mereka semakin dekat, dekat dan…….

Krrrriingggggg……. Loceng berbunyi.

“Astaghfirullah. Aku mimpi rupanya. Dah pukul 6? MasyaAllah..”.

Afandi meraup wajahnya. Dia lalu segera menunaikan fardhu sembahyang. Semasa solat tadi dia membacakan surah Al-Balad yang ada bermaksud;

“Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)”.
(Al-Balad ayat 4)

Sesudah solat, Afandi berdoa dengan perasaan tawaddhuk terhadap Tuhannya:


“Ya Tuhan, Ampunkan dosa ku, dosa hamba Mu ini yang bodoh dan jahil. Ampunkan dosa ku kerana melayan isteri ku yang baik itu dengan kasar. Aku bersalah Tuhan. Aku bersalah dengannya. Ikatlah hati kami, kerana aku masih sayangkannya, juga mengaguminya. Aku mohon pada Mu mudah-mudahan keadaan isteri ku selamat semuanya.

Ya Allah sesungguhnya aku berlindung dengan Mu dari kerungsingan dan dukacita, dari kelemahan dan kelemasan, dari perasaan takut dan bakhil, dan dari belenggu hutang dan kekasaran manusia.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin..”

Lama Afandi di tikar sejadah itu. Berkali-kali dia sujud walaupun sudah pun selesai mengerjakan solat subuh.


Hari itu dia tidak akan ke pejabat. Awal-awal lagi dia telah menelefon ke pejabat untuk memaklumkan ketidak hadirannya dan seawal pagi itu juga dia telah pergi ke hospital untuk menjenguk Nani.

“Encik, encik tak boleh masuk. Sekarang bukan waktu melawat”, tegah seorang penjaga keselamatan di situ sambil menunjuk pada tajam yang dipakainya.

“Tapi, isteri saya baru masuk malam tadi. Takkan tak boleh tengok.”

“Sabarlah encik. Orang lain pun ada bini jugak. Pukul 9 nanti la datang balik. Kat sini wad perempuan. Kami kena jaga la juga. Lagipun masih awal.”, balas penjaga itu sambil bergurau dan tersenyum kepada Afandi.

Afandi berlalu dengan perasaan geram. Terkumat-kamit mulutnya memarahi jaga itu sesekali dia mengurut dadanya menahan sabar.

Jam di tangan di lihat.

“Baru pukul 7.30. Awal lagi. Sarapan dulu”.

Afandi baru tersedar yang dia terlalu awal datang menjenguk Nani. Semalam seharian dia tidak menjamah. Hanya minum air beberapa botol yang dibelinya.
Pagi itu walaupun dia berasa sangat lapar tetapi, dia masih sempat membaca Basmallah sebelum makan. 

* * * * * * * * * * * * * *



9.30pagi. Afandi di perkarangan wad yang diduduki Nani.

“Lewat pulak encik. Tadi awal bukan main”, gurau jaga yang menahan Afandi dari masuk tadi.

Afandi membalas dengan pura-pura senyum.

Afandi berasa mahu berlari mendapatkan Nani. Tetapi, dia masih mahu menjaga keegoaannya. Dari jauh dia Nampak Nani masih tertidur. Dia berasa bimbang.

 Setibanya di katil Nani, Afandi duduk di birai katil itu bersebelahan Nani yang masih tidak sedarkan diri. Tangan isterinya dicapai, digenggam dan dikucup. Tangan itu kemudian diletakkan di pipinya. Afandi menunduk. Sesekali Afandi mengusap wajah Nani lembut.

Nani memegang tangan Afandi dalam keadaan terpejam itu. Dia sukakan usapan itu. Usapan dari seorang suami. Air matanya menitis tiba-tiba.
Dia sudah pun lama terjaga dari tidur dan dia juga perasan akan kehadiran Afandi dari jauh tadi tetapi, dia pura-pura memejamkan mata.

Afandi menyeka air mata yang mengalir di pipi Nani. Dahi Nani dikucup. 

Nani mencelikkan matanya. Dia lalu bangun. Afandi membantunya membetulkan duduk.

“Tak apa. Saya ok..”, ujar Nani.

Nani masih boleh mengukirkan senyuman. Dia berasa bahagia kerana Afandi sanggup menemaninya hari itu. Selalunya dia berseorangan membuat pemeriksaan lanjutan.

Benar,  memang dia telah menyembunyikan sesuatu dari Afandi. Dia tidak mahu Afandi tahu. Bukan dia tidak ingin memberitahu, tetapi apabila dia selalu sendirian di rumah dan tidak ada teman berborak, dia merasakan tidak ada guna untuk memberitahu pada insan yang tidak sudi memberi perhatian kepadanya. Pesanan ringkas yang dihantar pada Afandi juga selalu dipandang sepi. Nani berasa begitu hiba bila terkenangkan semua itu.

Tetapi, pagi itu dia seolah terlupa yang dia telah dilukai. Bila dia bersendirian, dia berasa sunyi dan sedih kerana ditinggalkan Afandi. Terkadang dia berasa disakiti. Tetapi, ketenangan dan kebahagiaan yang diimpikan selama ini sedang dilalui. Dia tidak mahu merosakkan mood siapa-siapa pada pagi itu termasuk dirinya yang dahagakan kasih sayang dari seorang suami. 6 bulan itu memang sangat melampau jika difikirkan. Memang tidak logik pada akalnya, tetapi itulah hakikatnya yang dilalui Nani.

“Saya dah boleh balikkan hari ni?”, soal Nani kepada Afandi dengan senyuman.

Afandi menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia teragak-agak untuk bertanyakan Nani tentang sesuatu.

“Semalam doktor cakap, Nani….”.

“Saya nak ke tandas jap.”, Nani mencelah tiba-tiba sebelum Afandi menghabiskan kata-katanya.

Dia tidak mahu Afandi tahu yang dia memang telah menghidap Leukemia. Dia hanya mahu hidup bahagia bersama lelaki itu. Dia juga mahu menghabiskan masa yang tertinggal itu dengan suami tercinta.

Ya, hidup mati itu memang di tangan Tuhan cuma kita hanya merancang. Merancang sebuah perjalanan hidup menjadi lebih sempurna walaupun, kesempurnaan itu tidak akan menjadi milik manusia.


Dia juga berharap hati itu akan dirawat oleh Afandi sendiri sebelum dia pergi. Dia tidak mahu menyimpan dendam. Tidak mahu sehingga terpaksa dibawa mati. Kata orang kemaafan mungkin amat sukar untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi, hanya dengan kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas ibarat pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi.


"Wah, Nani gembira nampak pagi ni ye?", soal doktor Amal dengan ramah yang berdiri di depan katil Nani.


Pagi itu doktor sedang membuat pemeriksaan ke atas pesakit mengikut angka giliran di katil pesakit. Nani sudah tau selok-belok rawatan di hospital kerana dia sudah terbiasa tinggal di hospital sebelum ini. Sebelum dia berkahwin dengan Afandi lagi.


Senyum Nani sambil membalas, "Doktor saya boleh balik kan hari ni?"