Saturday, March 6, 2010

..He Loves Me...

Suatu hari, serombongan keluarga datang ke rumah kami (me n my husband). Mereka mengatakan aku adalah isteri kepada abang sulung mereka (yang dikahwinkan oleh ayah ku sewaktu ayah ku 'gila' dulu). Suami ku tergamam mendengarkan itu.. Rupanya benar, aku ada menyimpan gambar-gambar kawin dulu.. bertambah sedih dan pilu hati Hassan suami ku.. Lelaki yang mengaku dia adalah suami ku itu merayu-rayu agar aku kembali ke pangkuan nya.. Tapi aku masih tidak memberi jawapan.. Menangis-nangislah dia mengharap aku kembali kepadanya... Hassan tidak dapat memberi apa-apa kata putus pada ku, kerana jawapan ada pada ku samada untuk 'kembali' pada lelaki itu atau tetap dengannya.. Serba-salah aku dibuatnya..

Pada waktu yang lain, Hassan telah pergi ke kampung tempat tinggal lelaki itu bertanyakan pada orang kampong tentangnya.. Banyak yang memberikan jawapan negatif, hati Hassan mula berasa bimbang akan keadaan ku. Sejurus sampai di rumah, Hassan lihat aku telah pun bersiap-siap untuk mengikut mereka keluar berjalan-jalan. Tapi Hassan menegah aku keluar dari rumah.. Lalu ada pula suara sumbang yang menyampuk.."Alaa.. dorng bukan nk bawak gi mana pun.. gi jalan je.." Hassan bertambah bengang dengan suara yang sangat sumbang itu lalu dia pun menjerkah; "Dia bini aku suka hati aku lah apa aku nak buat!". Terdiam seketika semua. Aku terus membatalkan niat untuk bersama mereka.. Sebelum mereka pulang dengan hampa, mereka mohon aku berikan sekeping gambar kononnya buat kenangan walhal mereka telah membawa gambar ku menemui bomoh untuk jampi. Tapi, jampi itu tak berjaya kerana Hassan telah menyuruh ku untuk membaca ayat Kursi dan Surah Shod seperti kebiasaan yang kami lakukan sebelum mereka sampai ke arah tujuan mereka itu.

Tiba-tiba......
Telefon bimbit hassan berbunyi... Kringkring...kringkring....
"Hampeh nye Jabir! kacau betul mimpi aku!!!"

Pagi tu suami ku bangun, tiba-tiba dia menarik tangan ku dan memeluk ku..
katanya.."Saya sedih.."
"kenapa syg...?"
"saya mimpi tadi..."
"syg mimpi apa...?"
Suami ku bercerita seperti yang telah aku ceritakan di atas...

Waktu tu aku mengerti, suami ku telah berubah, berubah kepada lebih baik... mungkin kerana dia mimpikan aku.. Aku bersyukur sangat suami ku telah berubah... Dan aku tahu Suami ku benar-benar sayang kan ku...

..Marital Adjustment..

Baru-baru ni iaitu pada 3 hb Mac ada teman menemu bual ku.. bertanyakn tentang kehidupan selepsa berkahwin.. Panjang lebar juga lah aku bercerita samapi tak sempat ke kelas.. Tapi apa yang dapt aku simpulkan memang selepas berkahwin Allah permudahkan dalam belajar.. aku dah tak malu nak bertanya bila ada kerungsingan.. dan berasa yakin untuk present walaupun hakikatnya aku adalah seorang pendiam.. Well, boleh agak tak macamna golongan pendiam bercakap di hadapan ramai orang?? Mungkin akan jadi speechless bila tengok banyak mata yang tertumpu.. tapi sekarang aku tak lagi.. dan mungkin aku bukan diam setiap masa..

Bila teman bertanyakan hubungan kekeluargaan macam mana... rasa macam susah sangat nak jawab tapi aku jawab la macamna pun yang dapat memuaskan hati teman yang bertanya..

Paling menarik adalah soalan terakhir.... nasihat untuk teman-teman yang masih bujang dan ingin berkahwin... aku tergaru sebentar kepala.. tak tau lah apa yang patut aku advisekan.. Cuma dulu aku pernah terbaca satu buku.. katanya bila anak perempuan kamu telah menemui jejaka idamannya kahwinkan mereka secepat mungkin untuk elak dosa dan maksiat... itu jelah yang aku boleh cakap. nak cakap lebih-lebih pun tak pandai.
Tapi, sejak kawin ni rasanya tak berkesempatan lagi nak datang kenduri kawan2, dan teman2. nantilah, bukan tak nak datang slalu ada halangan untuk datang.. Maybe one day..