Tuesday, August 11, 2009

Pesanan dari Sahabat Perantauan


"Janganlah kamu berputus asa. Sesungguhnya berputus asa itu bukanlah akhlak dari kaum Muslimin. Realiti hari ini adalah hakikat impian dari hal semalam. Dan impian hari ini itulah yang bakal menjadi realiti esok. Sesungguhnya masa itu masih luas dan anasir-anasir yang sejahtera itu masih kukuh terpahat di jiwa bangsa mu yang beriman, biarpun dgn kerosakan yang menggila itu. Si lemah tak akan kekal lemah sepanjang hayatnya. Dan yang kuat itu tak akan kuat selama-lamanya"
-IHAB-

Wednesday, August 5, 2009

Umairah k Tasnim?

Hari Jumaat lepas (31 Julai) sepatutnya anak aku dah diberi nama, iaitu lepas 7 hari berlalu. begitulah kebiasaannya dan mungkin yg dianjurkan dalam Islam (aku pun tak tau sebab tak kaji pun pasal ni). Suami ku pun tak ada idea nak bagi nama apa. tapi aku tiba2 ckap kat suami nak bg nama Umairah Nasuha. tp suami ckp nk tny abg dulu. Sebelum ni adalah mcik Zahra, mcik Tasnim (haha..) tnya kan nama anak sedara depa yg sorg ni tapi aku jawab tak ada idea, sebelum ni pun tak terfikir, mungkin sebab tak jangka yg dia nak keluar awal. tapi seingat aku, sebelum aku lahirkan baby aku cakap kat suami nak bg nama Umairah. tapi suami cakap nt sama dgn nama anak akak Ummi Umairah. tak kisah lah..

Jd hari yg k-9 baru decide, abg (blaja kat Syria) cadangkan nama Tasnim. pastu aku sgt terkejut. sebab aku pun tak jangka nama tu akan jad pilihan abg (oh tidakkk..) pastu aku tny takkan nak letak Tasnim je, mcm janggal. aku bg cadangan sb aku suka nama Umairah; Tasnim Umairah, Umairah Tasnim, Nurul Tasnim, @ Nur Tasnim? abg decided "Nur Tasnim", aku pun menarik nafas lega sebab bukan lah "Nurul Tasnim". tapi selepas beberapa saat abg baru perasan jd keputusan ditukar kepada "Tasnim Umairah". tapi aku rasa nama tu mcm tak kena je dengan jiwa anak ku n combination dia pun mcm tak berapa sesuai laa.. Lama aku pk. mcm ada yg tak kena. Maghrib tu abg kol dari Syria. tanya ok k nama Tasnim n dah ramai k kat M'sia nama Tasnim. aku jwb ok n ckap kawan aku ada 2org nama mcm tu. tapi abg tnya kalau2 aku ada cadangan lain. aku bgtau la nama Umairah Nasuha. Tapi aku risau jugak kot Fizah hamid n Tasnim saari yg dok promote nama kat aku frust tambah2 tasnim haha abg kata ok jugak letak nama Pak Ngah dia. Nama abg Mohammad Nasoha. Hensem. cute. Putih. tapi tasnim saari dah cup dulu la kwn2 sekalian hehe ini pun sbg ganti sb takut dia terjun bangunan sb frust. Jadi keputusan mukatamad nama Umairah Nasuha bt Mohammad Hassan telah didaftar di JPN sebagai ank kpd pasangan Mohammad Hassan n Yasmin. Mudah2an nama tu kena dgn jiwa dia, insyaAllah..

oh lupa anak min sekarang dah nampak besar ckit, pampers dah muat tapi berat dia naik turun sekarang baru 1.1kg. Doakan anak min. tapi sekarang dia dah nampak cerah sikit hari tu gelap, mungkin sebab lampu yg terpasang kat dia sebab hari tu nak kena kuning.