Sunday, April 11, 2010

..Kejamkah II....??

Dari semalam aku baca komik. Komik lucu terubat la jugak minda dan hati aku yang masih terasa lagi letihnya exam tu.. (alah..baru exam ckit je dah letih. berlakon!) Bila malam pulak aku tukar baca komik bersiri, Le.Gardinie tajuknya.. Menarik, aku baca dengan penuh emosi sebab nya aku menangis. Aku tak pasti untuk apa aku menangis tapi rasa terkesan di hati perjalanan cerita tu.. Mungkin ada sedikit persamaan dalam perjalanan hidup yang sebenar tentang 'seseorang'.. Seseorang yang aku tak pasti siapa.. tapi bila baca komik tu hati aku jadi bercampur baur. Rasa marah, geram, sedih dan macam2 lagi..


Ceritanya semua bermula dari sebuah persahabatan antara Kiwi dan Orange. Kiwi, seorang remaja perempuan yang tegas, degil tapi bijak dan mempunyai pendirian yang teguh. Sahabat karibnya ialah Orange. Kiwi sangat setia pada persahabatan, bermula dari mereka keccil Kiwi lah penyelamat Orange. Walaupun Orange adalah watak utama dan seorang remaja lelaki tapi dia penakut, agak lembab dan mudah diperdaya oleh orang lain.. Kadang2 aku rasa marah dengan sikap Orange yang tak ada pendirian dan senang dibuli.. Macam kisah kehidupan kita mesti ada naik dan turun kalu tak, takkanlah ia dipanggil kehidupan sebab ia takkan jadi menarik tanpa turun dan naik.. Lemon adalah watak jahat. sangat jahat! dan aku menyampah sangat dengan dia! bila Kiwi cakap pada Orange bahawa Lemon adalah 'perempuan jahat', aku percaya kata2 Kiwi walaupun aku bukanlah sahabat karibnya, tapi tidak pada Orange. Kenapa Orange?? Sebab tulah Kiwi selalu marah pada Orange sebab mudah diperdaya. Aku sangat marah dengan Lemon sebab dia mintak Orange cium dia. Tak malu! memang tak malu. Lepas tu rancang sampai Kiwi dibuang sekolah dan Apple juga telah dituduh mencuri oleh Lemon yang kononnya nak kenakan Kiwi pada majlis sambutan hari jadinya. Katanya nak malukan Kiwi.. Kiwi tak pernah mencuri tapi disebabkn Lemon yang licik dan keji tu telah merancang strateginya akhirnya Kiwi dituduh bersaksikan saksi2 yang telah diupah oleh Lemon sendiri. Huh! jahat tak Lemon??

Oh ya, lupa pulak sesuatu yang menarik tentang Kiwi! Walaupun dia adalah perempuan tapi dia tak sama macam remaja perempuan lain sebabnya dia ke sekolah memakai baju sekolah lelaki macam Orange pakai.. Katanya buka sebab dia tomboy tapi sebab dia perlu berlakon untuk menjadi pelindung since dia tak pernah tengok ayahnya dari kecil lagi.. sedih plak bila mengingatkan watak Kiwi ni.. Tapi aku plak rasa selamat bila aku dapat sahabat macam dia.. dia dituduh mencuri sebab nak selamatkan Orange dari dituduh tapi akhirnya... Ahhhhhhhhh....
Dan sekarang ni Lemon buat2 baik lagi sebab nak jatuhkan Apple memandangkan selepas Kiwi menghilang Apple yang selalu disamping Orange tapi hanya sebagai teman ke sekolah. Sekarang tinggal last episode aku tak baca lagi.. Jadi aku akan cerita lagi lepas ni walaupun aku bercerita nampak tak menarik langsung.. So.. macam biasa la kan...

to be continued...

Saturday, April 10, 2010

..Kejamkah....??

Bermula 4hb April hari tu aku dah start cuti dan last day for exam.. Sekarang ni dh sminggu aku kat rumah, xde ape sangat kerja nak buat selain basuh baju menggunakan mesin basuh baju yang rosak..(menyakitkan hati betul!) dan berulang kali mengemas ruang tamu yang takkan nampak kemas.. (aku pun tak pasti kenapa takkan kemas, menyampah!) Dan sejak seminggu bercuti ni perasaan aku ni susah nak dirungkai.. aku rasa nak marah, marah setiap orang (itu pun aku tak pasti kenapa..arrggghhhh!!!) Ntahlah, macam banyak sangat masalah dan macam kepala yang berserabut dengan urat saraf yang tak tahu mana hujung dan pangkalnya..

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Hari tu aku betul-betul rasa marah. rasa sakit sangat hati aku tapi aku masih tetap di hadapan orang yang menyakitkan aku tu.. Lama aku duduk di hadapannya tanpa aku pasti sebab yang munasabah aku perlu terus sakitkan hati aku yang sedia sakit waktu tu.. elang beberapa lama aku bingkas bangun dari tempat duduk dengan keadaan lemah (mintak simpati sebenarnya..) tapi dalam hati terasa sakit sangat.. Aku masuk dalam bilik bersendirian dan memikirkan sesuatu, sesuatu yang aku pun tak pasti apakah ia...

Esoknya aku ada terbaca satu blog yang aku rasa sia-sia. Tuan empunya blog tu merasakan hidupnya penuh dengan orang sekeliling yang tak boleh dipercayai.. Dan dia siap bagi aku nasihat padahal dia lagi muda dari aku! (aku xsuka dinasihati oleh manusia yang lagi muda dari aku tanpa aku kenal asal-usulnya dan juga rakan sebaya yang tak berpengalaman tentang rumah tangga. jangan pandai2!) Aku chat dengan budak tu mulanya, katanya kehidupan ini tak adil la, penuh dengan insan yang tak boleh dipercayai dan macam2 yang negative lagi.. aku berminat untuk kenal dia dan mungkin aku boleh buat research tentang sejarah hidupnya.. (lupe ke aku psychologist to be?? insyaAllah..) ingatkn dia anak tunggal sebab luahannya tu seolah2 memberi gambaran macam tu pada aku.. bila aku baca blog budak tu, dia cuma risaukan tentang jodoh! rasa macam Bo*oh je baca blog yang Bang Ang tu. hish! padahal dia tak tau aku ni termasuk orang yang lagi sakit jiwa!! (bertambah marah aku!!)



to be continued..