Tuesday, February 9, 2010

...Bezanya Hari Ini dan Semalam...?

Kehidupan selepas berkahwin itu banyak menguji diri ku.. menguji kehambaan aku pada-Nya.. yang semakin hari ujian datang bertimpa-timpa.. bersyukurlah di atas ujian yang diberikan Tuhan.. kerana itu adalah salah satu cara untuk Tuhan angkat dan basuh dosa-dosa yang selama telah aku kerjakan di dunia ini selagi bernafas.. Aku akan tetap dan selalu ingat tarikh-tarikh penting; yang buat aku gembira, ketawa, sedih dan berduka.. tapi dalam banyak tarikh-tarikh penting tu hati aku banyak menangis.. biarlah hati yang menangis kerana hanya Tuhan sahaja yang tahu kaluapun betapa sakit, pilu, sedihnya hati aku..

Bila ada orang senyum sindir kerana aku tak menangis kerana kehilangan Umairah.. bila aku sekali lagi menjaga suami di hospital selama seminggu di hospital yang sama.. bila family aku tidak dapat terima apa yang aku telah lakukan walaupun bukanlah kehendak hati aku begitu.. bila ayah ku begitu, dan kenapa dia begitu.. aku tak menangis untuk raih simpati kawan-kawan.. aku tak pernah cerita pada kawan-kawan bagaimana keadaan aku ketika itu.. cuma hanya dengan cara ini aku rasa sedikit lega sekurang-kurangnya blog ini menjadi tempat luahan aku.. cukuplah bercerita tentang Umairah pada lecturers sudah membuatkan hati aku terasa sangat sayu mengenangkan kenangan yang dipinjamkan Allah pada ku dan suami utk sementara.. bukan aku tak nak menangis tapi mungkin Allah pinjamkan kekuatan yang datang dari Nya untuk aku..kekuatan pada hati untuk terima semua dugaan-Nya.. Benar, Allah tak akan menguji melainkan hanya dengan kemampuan hamba-hambaNya..

Hingga ke hari ini, bermula sejak aku bergelar isteri aku sudah tak berminat untuk duduk sama dan berdiri sekali dengan kawan-kawan yang dulu pernah aku anggap sahabat dunia akhirat.. kerana aku masih mencari siapa yang sudi menjadi sahabat sejati aku.. yang terima baik buruk aku.. yang selalu ada bila aku memerlukan.. yang senang untuk aku bersamanya.. yang dapat memahami perasaan aku bila sudah bergelar isteri.. yang kehilangan anak.. yang menguatkan aku tika aku menyendiri.. yang selalu dapat bersangka baik denganku.. siapa yang sudi berbuat begitu selain suami ku?? aku tak pertaruhkan kepercayaan itu pada siapa-siapa lagi.. Tapi, aku telah temui seseorang.. tapi biarlah antara aku dan dia.. aku mahu lihat sejauh mana perginya persahabatan kami... sejauh mana dia sudi bersama ku..