Saturday, March 20, 2010

Selamat Ulang Tahun Sayang-Imran Ajmain

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali-sekala ingin dirinya dibalas
Walau hanya dengan
dakapan di angin lau..
Yang selalu memberi
Ingin sekali-sekala
jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa..

Aku ingin kau merasakn
hebtnya cinta
dan leburkan saja
serpihan calar derita..

Selamat Ulang Tahun Sayang
Kini kau bersayap
Pergilah terbang
Rentaslah langit
Cita-citamu
Harap nanti kita kan bertemu..

Selamat Ulang Tahun Sayang..
Jangan kau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat Tinggal
Selamat Jalan...

Aku hanya
Inginkan engkau setia
Kerana setia
Yang mencipta bahagia mu..



P/S: aku suka lagu ni.. tak tau la kenapa.. Syahdu.. Lembut alunan...


..Ini Cerita tentang Hati II..

Kadang-kadang bila bersendirian aku terkenang segala kenangan pahit yang aku lalui.. Liku-liku kehidupan yang benar-benar teruji.. Mungkin sukar untuk meluahkan, dan kelu lidah untuk menyuarakan rasa hati.. Dan sebenarnya Tuhan Lebih Tahu isi hati aku..

Satu malam tu, aku terkenang akan keadaan ayah ku...
Malam seterusnya, aku terkenang bila mak dan ayah ku tak datang tengok anak ku yang tengah nazak ketika itu..
Malam berikutnya, aku masih terbayang saat suami ku ditikam abangnya.. Terasa tergamaknya dia menikam adiknya sendiri... Sebab itu banyak orang berpesan jangan ikutkan perasaan..
Malam-malam yang seterusnya.... Aku terfikir sampai bila harus aku melayan perasaan ini.. yang tersirat entah berapa banyak memori yang tak terungkai...
Aku pasrah, antara mahu atau tidak aku harus terima dengan tabah takdir Tuhan yang menentukan kehidupan ku yang sebegini..

Kini, aku mengerti, aku pelajari ertinya pasrah yang selama ini hanya aku fahaminya setelah membelek kamus, yang selama ini aku jadikan sebagai gurauan bersama teman-teman.

Apa rasanya bila hari bersejarah keluarga kita tak ada bersama..? Aku tahu mungkin ia adalah perkara yang sulit untuk dikongsi, sulit untuk diterjemah, sulit untuk difahami... dan bila akhirnya perkara itu akan tetap terbongkar. Bukan salah aku, dan jangan salahkan aku sebab aku tak pernah campur urusan tersebut..

Kehidupan ini benar-benar memeritkan, tapi hanya dengan itu kita belajar; belajar erti kehidupan, erti kedewasaan, erti kematangan dalam diri.. Dan hanya dengan dugaan tersebut Tuhan mahu kita menangis dengan-Nya, minta pada-Nya, merayu pada-Nya..

Terima Kasih Tuhan untuk semua ini...

Saturday, March 13, 2010

Thursday, March 11, 2010

..Ini Cerita tentang Hati..

Satu malam aku minta suami menelefon ku.. aku bercerita padanya keadaan ku ketika itu.. belum pun aku memulakan terasa benar-benar sebak di hati, sehingga menyebabkan sukar untuk ku berkata-kata.. itulah kali pertama aku menangis, sepanjang aku berhadapan dengan ayah ku yang 'sakit'.. Tidak ada kalimah yang dapat aku ucapkan untuk ayah ku.. Ayah ku, yang aku kenali bukan lah seperti keadaan sekarang, yang kadang-kadang perilakunya mengaibkan keluarganya sendiri.. terasa benar-benar sebak..

Hari tu aku pergi rumah, sebaik aku buka pintu terlihat ayah ku tidur.. Mungkin aku terlalu kasar sewaktu membuka pintu, ayah ku terjaga dari tidurnya... Sambil mengurut-urut kakinya, hati ku terasa sayu.. Terlihatkn ayah ku yang saban hari makin lanjut usianya,aku tak dapat berbuat apa-apa. Aku tak dapat kesiankannya walaupun hakikatnnya di hati terasa sayu dan perit..
Tak dapat dihuraikan, sukar sekali untuk aku ceritakn perasaan yang aku pendam seorang diri tentang ayah ku dan keluarga ku..
Aku naik ke atas rumah, berjumpa angah, umi dan adik.. Aku masuk ke bilik angah, angah baru bangun tidur.. dari jendela tingkap aku nampak abah.. Aku berkata pada angah,
"Kesian tengok abah"
"btul. usia dia macam tu memang dah tak larat dah.."
"ape pun kite tak boleh nangis sebab abah.."
Terasa sebak tapi aku tahan..

Malam itu aku benar-benar kalah dengan perasaan itu.. Aku tak dapat tahan lagi perasaan sedih tu.. Aku dan keluarga masih mengharap abah akan sedar suatu hari nanti..




Saturday, March 6, 2010

..He Loves Me...

Suatu hari, serombongan keluarga datang ke rumah kami (me n my husband). Mereka mengatakan aku adalah isteri kepada abang sulung mereka (yang dikahwinkan oleh ayah ku sewaktu ayah ku 'gila' dulu). Suami ku tergamam mendengarkan itu.. Rupanya benar, aku ada menyimpan gambar-gambar kawin dulu.. bertambah sedih dan pilu hati Hassan suami ku.. Lelaki yang mengaku dia adalah suami ku itu merayu-rayu agar aku kembali ke pangkuan nya.. Tapi aku masih tidak memberi jawapan.. Menangis-nangislah dia mengharap aku kembali kepadanya... Hassan tidak dapat memberi apa-apa kata putus pada ku, kerana jawapan ada pada ku samada untuk 'kembali' pada lelaki itu atau tetap dengannya.. Serba-salah aku dibuatnya..

Pada waktu yang lain, Hassan telah pergi ke kampung tempat tinggal lelaki itu bertanyakan pada orang kampong tentangnya.. Banyak yang memberikan jawapan negatif, hati Hassan mula berasa bimbang akan keadaan ku. Sejurus sampai di rumah, Hassan lihat aku telah pun bersiap-siap untuk mengikut mereka keluar berjalan-jalan. Tapi Hassan menegah aku keluar dari rumah.. Lalu ada pula suara sumbang yang menyampuk.."Alaa.. dorng bukan nk bawak gi mana pun.. gi jalan je.." Hassan bertambah bengang dengan suara yang sangat sumbang itu lalu dia pun menjerkah; "Dia bini aku suka hati aku lah apa aku nak buat!". Terdiam seketika semua. Aku terus membatalkan niat untuk bersama mereka.. Sebelum mereka pulang dengan hampa, mereka mohon aku berikan sekeping gambar kononnya buat kenangan walhal mereka telah membawa gambar ku menemui bomoh untuk jampi. Tapi, jampi itu tak berjaya kerana Hassan telah menyuruh ku untuk membaca ayat Kursi dan Surah Shod seperti kebiasaan yang kami lakukan sebelum mereka sampai ke arah tujuan mereka itu.

Tiba-tiba......
Telefon bimbit hassan berbunyi... Kringkring...kringkring....
"Hampeh nye Jabir! kacau betul mimpi aku!!!"

Pagi tu suami ku bangun, tiba-tiba dia menarik tangan ku dan memeluk ku..
katanya.."Saya sedih.."
"kenapa syg...?"
"saya mimpi tadi..."
"syg mimpi apa...?"
Suami ku bercerita seperti yang telah aku ceritakan di atas...

Waktu tu aku mengerti, suami ku telah berubah, berubah kepada lebih baik... mungkin kerana dia mimpikan aku.. Aku bersyukur sangat suami ku telah berubah... Dan aku tahu Suami ku benar-benar sayang kan ku...

..Marital Adjustment..

Baru-baru ni iaitu pada 3 hb Mac ada teman menemu bual ku.. bertanyakn tentang kehidupan selepsa berkahwin.. Panjang lebar juga lah aku bercerita samapi tak sempat ke kelas.. Tapi apa yang dapt aku simpulkan memang selepas berkahwin Allah permudahkan dalam belajar.. aku dah tak malu nak bertanya bila ada kerungsingan.. dan berasa yakin untuk present walaupun hakikatnya aku adalah seorang pendiam.. Well, boleh agak tak macamna golongan pendiam bercakap di hadapan ramai orang?? Mungkin akan jadi speechless bila tengok banyak mata yang tertumpu.. tapi sekarang aku tak lagi.. dan mungkin aku bukan diam setiap masa..

Bila teman bertanyakan hubungan kekeluargaan macam mana... rasa macam susah sangat nak jawab tapi aku jawab la macamna pun yang dapat memuaskan hati teman yang bertanya..

Paling menarik adalah soalan terakhir.... nasihat untuk teman-teman yang masih bujang dan ingin berkahwin... aku tergaru sebentar kepala.. tak tau lah apa yang patut aku advisekan.. Cuma dulu aku pernah terbaca satu buku.. katanya bila anak perempuan kamu telah menemui jejaka idamannya kahwinkan mereka secepat mungkin untuk elak dosa dan maksiat... itu jelah yang aku boleh cakap. nak cakap lebih-lebih pun tak pandai.
Tapi, sejak kawin ni rasanya tak berkesempatan lagi nak datang kenduri kawan2, dan teman2. nantilah, bukan tak nak datang slalu ada halangan untuk datang.. Maybe one day..