Saturday, March 6, 2010

..He Loves Me...

Suatu hari, serombongan keluarga datang ke rumah kami (me n my husband). Mereka mengatakan aku adalah isteri kepada abang sulung mereka (yang dikahwinkan oleh ayah ku sewaktu ayah ku 'gila' dulu). Suami ku tergamam mendengarkan itu.. Rupanya benar, aku ada menyimpan gambar-gambar kawin dulu.. bertambah sedih dan pilu hati Hassan suami ku.. Lelaki yang mengaku dia adalah suami ku itu merayu-rayu agar aku kembali ke pangkuan nya.. Tapi aku masih tidak memberi jawapan.. Menangis-nangislah dia mengharap aku kembali kepadanya... Hassan tidak dapat memberi apa-apa kata putus pada ku, kerana jawapan ada pada ku samada untuk 'kembali' pada lelaki itu atau tetap dengannya.. Serba-salah aku dibuatnya..

Pada waktu yang lain, Hassan telah pergi ke kampung tempat tinggal lelaki itu bertanyakan pada orang kampong tentangnya.. Banyak yang memberikan jawapan negatif, hati Hassan mula berasa bimbang akan keadaan ku. Sejurus sampai di rumah, Hassan lihat aku telah pun bersiap-siap untuk mengikut mereka keluar berjalan-jalan. Tapi Hassan menegah aku keluar dari rumah.. Lalu ada pula suara sumbang yang menyampuk.."Alaa.. dorng bukan nk bawak gi mana pun.. gi jalan je.." Hassan bertambah bengang dengan suara yang sangat sumbang itu lalu dia pun menjerkah; "Dia bini aku suka hati aku lah apa aku nak buat!". Terdiam seketika semua. Aku terus membatalkan niat untuk bersama mereka.. Sebelum mereka pulang dengan hampa, mereka mohon aku berikan sekeping gambar kononnya buat kenangan walhal mereka telah membawa gambar ku menemui bomoh untuk jampi. Tapi, jampi itu tak berjaya kerana Hassan telah menyuruh ku untuk membaca ayat Kursi dan Surah Shod seperti kebiasaan yang kami lakukan sebelum mereka sampai ke arah tujuan mereka itu.

Tiba-tiba......
Telefon bimbit hassan berbunyi... Kringkring...kringkring....
"Hampeh nye Jabir! kacau betul mimpi aku!!!"

Pagi tu suami ku bangun, tiba-tiba dia menarik tangan ku dan memeluk ku..
katanya.."Saya sedih.."
"kenapa syg...?"
"saya mimpi tadi..."
"syg mimpi apa...?"
Suami ku bercerita seperti yang telah aku ceritakan di atas...

Waktu tu aku mengerti, suami ku telah berubah, berubah kepada lebih baik... mungkin kerana dia mimpikan aku.. Aku bersyukur sangat suami ku telah berubah... Dan aku tahu Suami ku benar-benar sayang kan ku...

1 comment:

  1. huhuhu..bahagia nyer...
    mg bertambah bahagia n sentiasa dibawah naungan Allah s.w.t. amin...

    ReplyDelete