Sunday, April 11, 2010

..Kejamkah II....??

Dari semalam aku baca komik. Komik lucu terubat la jugak minda dan hati aku yang masih terasa lagi letihnya exam tu.. (alah..baru exam ckit je dah letih. berlakon!) Bila malam pulak aku tukar baca komik bersiri, Le.Gardinie tajuknya.. Menarik, aku baca dengan penuh emosi sebab nya aku menangis. Aku tak pasti untuk apa aku menangis tapi rasa terkesan di hati perjalanan cerita tu.. Mungkin ada sedikit persamaan dalam perjalanan hidup yang sebenar tentang 'seseorang'.. Seseorang yang aku tak pasti siapa.. tapi bila baca komik tu hati aku jadi bercampur baur. Rasa marah, geram, sedih dan macam2 lagi..


Ceritanya semua bermula dari sebuah persahabatan antara Kiwi dan Orange. Kiwi, seorang remaja perempuan yang tegas, degil tapi bijak dan mempunyai pendirian yang teguh. Sahabat karibnya ialah Orange. Kiwi sangat setia pada persahabatan, bermula dari mereka keccil Kiwi lah penyelamat Orange. Walaupun Orange adalah watak utama dan seorang remaja lelaki tapi dia penakut, agak lembab dan mudah diperdaya oleh orang lain.. Kadang2 aku rasa marah dengan sikap Orange yang tak ada pendirian dan senang dibuli.. Macam kisah kehidupan kita mesti ada naik dan turun kalu tak, takkanlah ia dipanggil kehidupan sebab ia takkan jadi menarik tanpa turun dan naik.. Lemon adalah watak jahat. sangat jahat! dan aku menyampah sangat dengan dia! bila Kiwi cakap pada Orange bahawa Lemon adalah 'perempuan jahat', aku percaya kata2 Kiwi walaupun aku bukanlah sahabat karibnya, tapi tidak pada Orange. Kenapa Orange?? Sebab tulah Kiwi selalu marah pada Orange sebab mudah diperdaya. Aku sangat marah dengan Lemon sebab dia mintak Orange cium dia. Tak malu! memang tak malu. Lepas tu rancang sampai Kiwi dibuang sekolah dan Apple juga telah dituduh mencuri oleh Lemon yang kononnya nak kenakan Kiwi pada majlis sambutan hari jadinya. Katanya nak malukan Kiwi.. Kiwi tak pernah mencuri tapi disebabkn Lemon yang licik dan keji tu telah merancang strateginya akhirnya Kiwi dituduh bersaksikan saksi2 yang telah diupah oleh Lemon sendiri. Huh! jahat tak Lemon??

Oh ya, lupa pulak sesuatu yang menarik tentang Kiwi! Walaupun dia adalah perempuan tapi dia tak sama macam remaja perempuan lain sebabnya dia ke sekolah memakai baju sekolah lelaki macam Orange pakai.. Katanya buka sebab dia tomboy tapi sebab dia perlu berlakon untuk menjadi pelindung since dia tak pernah tengok ayahnya dari kecil lagi.. sedih plak bila mengingatkan watak Kiwi ni.. Tapi aku plak rasa selamat bila aku dapat sahabat macam dia.. dia dituduh mencuri sebab nak selamatkan Orange dari dituduh tapi akhirnya... Ahhhhhhhhh....
Dan sekarang ni Lemon buat2 baik lagi sebab nak jatuhkan Apple memandangkan selepas Kiwi menghilang Apple yang selalu disamping Orange tapi hanya sebagai teman ke sekolah. Sekarang tinggal last episode aku tak baca lagi.. Jadi aku akan cerita lagi lepas ni walaupun aku bercerita nampak tak menarik langsung.. So.. macam biasa la kan...

to be continued...

2 comments:

  1. assalamualaikum akak ucapkan buat min...min still ingat akak lagi x???kak mawaddah..akak jmp profile min di friendster...akak amati btl2 dan masih x bleh nk recall min since min guna nama lain...tp gerak hati mengatakan kt pernah rapat suatu ms dulu...then akak usaha search and found this blog min...serious min, i miss u so much...dah berkurun akak tak dgr berita psl min...akak juga melalui pengalaman seperti min...kehilangan anak sulung sewaktu usianya 3 bln....sori min...lama kt terputus hubungan...

    ni blog akak ye min:
    http://buatmuanakku.blogspot.com/

    ni email akak:
    puteri_iman07@yahoo.co.uk

    akak harap sgt dpt keep in touch balik dgn min...ukhuwwah fillah min...

    ReplyDelete
  2. hi min! sape kata x menarik??? i like ur story seriously! can't wait to read the rest. good job! ^^

    ReplyDelete