Saturday, March 12, 2011

..Hidup Ini Ujian Tuhan..

Terasa sekejap masa berlalu.. Hari tu baru je masuk tahun baru, lip lap lip lap dh masuk bulan 3 dan sepantas itu juga Dhaniel membesar dengan sihat, alhamdulillah.. Esok 13 Mac 2011, genaplah usia Dhaniel 2 bulan.. Alhamdulillah.. Pujian setinggi-tinggi kerana Tuhan memberikan nikmat sihat untuk umat manusia.. Kehadiran Dhaniel dalam hidup benar-benar telah mengubat kerinduan di hati setelah sekian lama.. Kerinduan pada Umairah Nasuha... Bila Dhaniel membuka matanya dan memandang ke arah ku, terasa sayu... Anak ini tidak berdosa ya Tuhan... Anak yang suci, yang selalu memuji Tuhan tanpa kita ketahui pun..

Sekarang Dhaniel dh pandai nak berjaga siang.. Selalunya Dhaniel tidur, jaga untuk mnyusu saje.. Itu pun sekejap je dia nyusu dah lelap semula.. Dhaniel sudah pandai membahagikan masanya untuk bermain sekarang hehe anak ku oh anak ku... tapi lagi kerap untuk menyusu pada waktu malam.. 2 3 pagi.. Perli mummy ni Dhaniel... hehe Alhamdulillah semoga Dhaniel membesar jadi hamba Allah, anak yang soleh.. InsyaAllah, Amiinnn... Umairah susah nak jaga untuk menyusu, sebab baby prem dah terbiasa susu masuk ke perut terus semasa ditahan di NICU dulu.. Nurse di NICU suka cakap baby prem "malas".. geram betul bila mereka menyebut perkataan2 negatif pada budak2 yang nak membesar.. Masa umairah sudah dibenarkan pulang dulu, gembiranya rasa hati.. Tapi aku tak terfikir tentang sihat tubuh badan dia walaupun doctor kata dia dah 'sihat' dan boleh balik.. Cuma yang aku fikir diri aku, penat berulang-alik dari rumah ke hospital.. walaupun sudah 3 bulan tapi badan umairah tidaklah semontel Dhaniel walaupun Dhaniel belum sampai usianya 2bulan..

Tapi Tuhan itu Maha Kaya, Maha Bijak... Patah tumbuh, hilang berganti.. Umairah pergi, Allah gantikan dengan Dhaniel.. Bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat menjadi seorang ibu.. Tuhan itu benar-benar Maha Kaya, Maha Adil..


Semua ibu bapa mahukan yang terbaik dari anak-anak dan sebolehnya ingin memberikan yang terbaik jua buat mereka.. Dulu aku tak percaya bila orang kata, walau sekor nyamuk pun emak tak nak bagi hinggap pada anaknya.. Sekarang aku merasainya sendiri.. Bila Dhaniel kne gigit dek semut api aku risau.. cepat2 sapukan ubat... Alhamdulillah krn Allah telah memberikan kesempatan ini untuk aku merasai pengorbanan seorang ibu.. Seusai di hantar ke wad selepas melahirkan anak, aku hantar mesej pada umi.. Mohon ampun atas segala kesalahan, kesilapan dan ketelanjuran selama ini lisan mahupun perbuatan.. Baru tersedar ya Allah, betapa sakitnya menahan sakit bersalin.. Rasa nak terputus urat kat pinggang! Masa bersalinkan umairah dulu aku tak merasai kesakitan sepertimana sakit semasa melahirkan Dhaniel.. Mungkin sebab Umairah tak cukup bulan dan saiz badannya pun kecil..


Benarlah hidup ini ujian Tuhan, menguji kita hamba-Nya.. dan pengalaman yang kita ada mengajarkan kita serba-serbi tentang kehidupan dan hari ini aku mengerti bila orang selalu kata hidup ini ibarat RODA, ada naik dan turunnya.. Bila Tuhan mentakdirkan itu ini untuk kita bersyukurlah, kerana disebalik semua itu Tuhan telah menjanjikan hikmah yang tak dapat kita mengerti permulaannya.. Sebelum mengakhiri, lirik lagu dari kumpulan Firdaus Putaran Kehidupan menjadi penambah rasa sajian pada kali ini.. ; ) Terimalah------>


Hapuskanlah air mata mu

Redha dan teruskanlah usaha mu

Pasti kau akan mengerti

hidup ini putarannya tersendiri...

Hentikanlah air mata mu

Biarkanlah kisah duka itu berlalu

Mendung hari takkan selalu

Sinar bahagia pastikan kau ketemu...

1 comment:

  1. Rindu sangat kat min.

    Anti sentiasa tabah,
    untuk terus melangkah,

    teruslah mara ke depan,
    dengan langkahan iman.


    Sayang anti jiddan2!!!

    ReplyDelete