Saturday, July 2, 2011

..Di Persimpangan..

Segalanya bermula sejak dia bergelar seorang isteri. Ujian demi ujian dihadapi dengan hati yang cekal. Betapa hatinya tegar menerima semua ujian itu sebagai takdir dari Tuhan, yang menentukan segalanya buat hamba-hamba-Nya. Sesekali dia merenung jauh, cuba mengerti semua ujian itu. Mungkin kerana dosa-dosa pada ibu bapanya dulu, yang dikira anak derhaka. Dia tertunduk, menangis sedalam lubuk hatinya. "Aku berdosa, maafkan Nani ibu ayah", sendu Nani perlahan dalam esak tangisnya. Dia terasa mahu berlari jauh, jauh dari semua insan sekeliling yang mengenalinya. Dalam asyik melayan perasaan, Nani bingkas bangun bila pintu rumah diketuk. "Oh! Mungkin abang dah balik..", katanya sendirian, tidak menyedari jam sudah pun menunjukkan pukul 5.30 petang.
Tersenyum Nani membuka pintu dan terlihatlah suaminya, Afandi yang masam mencuka. "Mungkin banyak masalah di pejabat, kesian abang..", bisiknya di dalam hati. Sejurus Afandi masuk ke rumah, Nani menyalami tangan suaminya. Afandi menarik tangannya kembali acuh tak acuh. Lalu segera Nani ke dapur membawa segelas air Blackcurrant sejuk. Tiba-tiba suaminya bersuara setelah air sejuk itu disua Nani, "Yang awak ni menangis kenapa pulak?". "Eh! mana ada abang, Nani cuma kemaskan bilik tadi berhabuk sampai berair mata Nani.." jawab Nani lembut sambil mngelap air mata yang masih berbaki. Cuba menyembunyikan hal sebenar. "Aku ni balik penat, banyak masalah kat pejabat, cuba kau jangan buat aku serabut. Sikit-sikit menangis. Lembik betul la!", marah Afandi. Nani diam, hatinya menangis bila dimarah begitu. "Tak, bukan abang. Sebenanrnya..." belum sempat pun Nani menghabiskan katanya, Afandi membidas, "Kau jangan nak berabang-abang dengan aku la! Geli telinga aku ni dengar". Marah Afandi sambil tangannya mencengkam kuat rambut Nani. Terperanjat Nani dan terdiam diperlaku begitu. Tercampak Nani ke belakang ditolak kuat Afandi, tersadung kepalanya di meja kaca. "Abang...", rayu Nani perlahan sambil memegang kepalanya menahan sakit dek terhantuk tadi. Bingkas Afandi bangun dari duduknya naik ke bilik atas. Air yang dibawa Nani tadi tidak disentuh. Tiada rasa belas kasihan Afandi buat Nani. Nani sendiri tidak mengerti kenapa dia dilayan sebegitu oleh suaminya saban hari. Punya suri lainkah dalam hidup suaminya..? Seka Nani air matanya yang tiba-tiba menitis tanpa dipinta.

Di bilik, Afandi menghempas badanya di atas tilam empuk. Wangi, terasa nyaman Afandi berada di bilik tidur itu. Tetapi, bila teringatkan Nani, dia mengeluh, "Ahhhhh... Perempuan tu!". Dalam keletihan begitu, Afandi tertidur. Selesai masak, Nani naik ke bilik atas ingin menjenguk suaminya. diketuk bilik Afandi, tapi tidak berjawab. Segera dia membuka pintu, melihatkan suaminya terbaring di atas katil tanpa mandi, sejurus naik tadi. Nani duduk di tebing katil, membetulkan duduknya, merenung wajah insan yang dicintainya sambil tangannya mengusap lembut wajah itu. Afandi terjaga. "Apa kau buat?", marah Afandi. "Dah pukul 6.30 bang, bangunlah. Pergi mandi ye, Nani dah siapkan makanan. Boleh kita makan sama", ajak Nani lembut. Afandi terpandang wajah Nani, dikepalanya sedikit merah dan ada kesan luka. "Kasihan isteriku..", getus Afandi diam dalam hati. Sambil Afandi di bilik air, Nani menyiapkan pakaian untuknya. "Aku nak keluar, ada majlis, tolong gosokkan baju", ringkas Afandi memberitahu dan memberi arahan tanpa rasa bersalah kerana Nani bersusah-payah memasak untuknya. Ajak pun tidak untuk bersama ke majlis tersebut. Terkedu Nani, lalu menjawab "Iye bang..".

* * * * * * * * * *
Nani menjamah nasi sendirian. Makan sebagai syarat untuk tidak berasa lapar. Tapi hatinya, terasa hiba. Sesenduk nasi sudah cukup buatnya. Perlahan-lahan dia menyuapkan nasi ke mulut. Sup ayam berempah kegemaran Afandi itu, dimasak sepenuh hatinya tapi terasa tawar sekali untuk dihirup. Dihabiskan saki-baki yang tinggal begitu perit sekali untuk ditelan hidangan tersebut. Dia bangun seusai makan. Mengemas meja, mencuci dapur. Sehabis mengemas, dia menonton televisyen. Menonton dengan hati yang kosong walaupun cerita yang dimainkan adalah cerita kegemarannya, White Chicks the series sambil di tangan memegang secawan susu panas.

Di majlis, Afandi bertemu rakan-rakan. Kelihatan begitu gembira menjamu di keramaian orang begitu. Tidak langsung teringat akan Nani yang keseorangan di rumah. Afandi nampak ringkas tapi menarik dengan baju T berkolar berwarna biru hijau bercorak melintang. Dari kejauhan ada seseorang memerhatikannya. "Hey Fandi! Mana wife kau yang comel tu? Tak ajak sama?", sapa Rahim dari belakang. "Hey Rahim... Awas mulut kau! Dia orang semua belum tahu aku dah berkahwin. Jatuh la saham aku macam ni..", gurau Afandi dalam amaran. Ketawa mereka bersama sambil Rahim menepuk bahu Afandi.

Jam sudah menunjukkan pukul 11, Afandi mahu bergerak pulang. Seelok pintu kereta dibuka, muncul seseorang menutupnya kembali. Afandi berang lalu melihat gerangan tersebut. "Oh! Cik Mastura..", terkedu Afandi. "Tak payahlah bercik-cik. Panggil Mas je. Where's your wife? Tak datang sama?", soal Mastura, salah seorang ketua di bahagian Human Resources, berbeza bahagian dari Afandi, Business Admin. 'Tak, dia tak nak ikut..", balas Afandi. "Tak nak ikut atau you tak ajak..?" tingkah Mastura memulangkan paku buah keras. "I dah letih, balik dululah" ringkas jawapan Afandi, membalas dengan selamba. Mastura menjuih bibirnya, tak puas hati dengan jawapan dari Afandi. Lalu meninggalkan tempat parkir tersebut.

Setibanya Fandi di perkarangan rumah.....

3 comments:

  1. mcm mana nak komen..sampai rmh apa jadi??

    ReplyDelete
  2. umairah & anonymous :wah.. xsgka ada org komen.. nantikan sambungan nya.. maaf cerita masih diedit.. hrap terhibur!

    ReplyDelete