Saturday, January 22, 2011

..I Praise Allah..

11.1.2011 (Selasa): Malam tu pukul 4pagi aku terjaga dari tidur sebab termimpikan sesuatu. Ada orang kejutkan aku katanya aku dah sakit nk bersalin tu! Sampai ke subuh aku terjaga.. Nak kejut suami tgh2 mlm pun belum tentu aku terus bersalin. Pkul 8 pagi kami gerak ke Hospital Ampang, walaupun pada mulanya bercadang nak bersalin di Hosp. Serdang. Memandangkan hosp. tu terlalu jauh pergi jela yang paling dekat.. Sesampainya di sana, bukaan rahim baru 1cm tapi contraction agak kerap. Doc. Nora panggil utk scan. Terkejut! Rupanya baby dalam kandungan aku adalah baby boy.. : ) berat nye 2.9kg. Ingatkan girl jugak.. Bukaan rahim 3cm. Aku di tahan di wad 4D katil 5. Macam2 kes dpt tgk dlm wad tu.. dan macam2 cerita.. Belum panas pun punggung kat katil ada budak2 medic USIM nk check perut aku utk buat report agaknye.. xtaulah. tapi ok la dorg mintak izin dulu n check wlpn umur dorg stahun muda je dr aku. lelaki plak. tapi ada kwn2 prempuan dorg temankan.. Malam tu aku bermalam di hospital..

12.1.2011 (Rabu): Pagi tu doctor pakar dtg round. check bukaan rahim, masih 3cm.. Hmm masa kt Umairah dulu pun kes yg sama. masih 2cm wlpn dh 2 mlm.. Hari tu mkn pun dh xselera. memilih plak. ntah la lauk kt hospital.. faham2 lah.. hanyir pun ada. Kdg2 lauk sama je.. mkn roti/biskut lg sedap. Bosan. Malam xdpt tdo sangat pun. siang baru dpt tdo. terbalik pulak. Petang tu lepas asar doctor dtg round lagi. katanya kalau masih 3cm esok pagi nk masukkn ubat. Ade kakak yg dh sbulan kne tahan kat ctu ckp klu masuk ubat sakit.. Alamak! takutnye.. Pas maghrib contraction dah mula rasa kerap. Lega ckit rasanya.. Kne kerap2 ckit berjalan2. aku mesej umi, mama, angah bgtau contraction dh kerap.. Mama call pesan itu ini.. Baik...~ Mama suruh kerap2 lagi berjalan. japg kat labour room dh xleh jalan. Macam biasa pkul 10 sblm tidur ada nurse yg akan dtg di stiap katil utk amik kiraan degupn jantung anak n tekanan darah. Aku bgtau dorg yg aku dh ra contrction kerap. Dorg check katanya dh bukak 4 cm. dorg suruh ready sb dh nk bawak aku ke labor room.11.30mlm di labor room. ade plak doctor laki yg bertugas mlm tu. aku buat muka xsetuju. dorg pgilkn doc pompuan. Ade permintaan yg aku mintak dr doctor tu: jgn terus potong tali pusat anak bile die dh kluar.. tpi doc tu dok buat keras kepala dia. aku selawat je byk2 sepanjg dlm labor room.

Saat-saat yg dinantikan akan tiba.. bersambung..

Monday, January 3, 2011

..Sedang menunggu hari..

Sekarang tengah menunggu hari..
Hari untuk apa? untuk bersalin..
di mana? di mana belum tau lagi..
ish! xtau kat mane nk bersalin.. ee camne ni...
snang2 bersalin kt rumah je..
harap xde masalah ape2..
dh branak baru pegi hospital..
nt suami boleh tolong potong tali pusat anak sndri..
tp... mcmne kalau...
ish! jgn la pk bukan2, smua tu setan je kalau2 tu..
smua perasaan bercampur baur..
takut, keliru, bdebar2, srnok, ish, mcm2 la...
hari ni dh 28 muharram 1432h mnurut kalendar islam..
nt anak dh lahir kne catit ble die lahir dlm bulan islam..
pastu nt... ish! beranak pun blom lagi..
sabar2.. sabar lah diri ku...

p/s: monolog dalaman seorang ibu yg bakal menimang cahaya mata xlama lagi.. Mudah2an smuanya selamat... Amin ya Rabbal 'Alamin...

Tuesday, November 23, 2010

..Anemia and New Arrival Baby..

I went to the Klinik Kesihatan Batu 14 Hulu Langat yesterday (23 Nov 2010). My baby is already 33weeks and 4 days.. The doctor said 36 weeks is a normal due for the baby to get birth.. So I have nothing to worry about but I just need to get enough nutrition for me and my baby... because I am the one who got problem of Anemia (lack of red blood cells which contain hemoglobin) which facilitate the transportation of oxygen in our body... erk!

Setengah jam bertukar pendapat dan soal jawab dengan doktor since semalam ada talk pasal anemia. The doctor did not explain me much about anemia toward me (maybe because I am the last one to listen to her). But I asked the doctor many things especially about the pre mature baby. Yes.. about Umairah, my beloved one. And she did ask me about her kids! hehe at last I did apply what I have learned before..
Walaupun terpaksa tunggu lama (nasib baik bawak majalah, tak lah rasa sakit sangat otak kena tunggu lama2) tp rasa berbaloi bila dapat berkongsi cerita dan pendapat dengan doctor.. Best!! Sekarang buat aku rasa sangat happy dan tak sabar menunggu kelahiran bayi yang kedua!

Always think positive and feel happy when I am dikelilingi orang2 tersayang termasuk kawan2 yang selalu mengambil berat.. Thanx to them! : ) ( I love them soooooo much!!!)

Sunday, November 21, 2010

...Hidup Ini...


Teringat dulu dalam bahas seorang kawan dengan lantang berkata: "Kalau kita xtau susah, kita xkan kenal erti hidup..". Aku merasakn kehidupan selepas berkahwin itu memang tersangat menguji, banyak menumpahkan air mata untuk berapa kali yang aku tak pasti.. Kerana kesusahan itu, keperitan itu tak dapat aku luahkan bila berada di depan insan yang sepatutnya mendengar... Hidup ini, hati ini selalu terusik... Mungkin kerana Tuhan mahu membasuh dosa2 yang dulu, sekarang dan yang akan datang... Aku, kau dan semua... sebab itu ujian kita lain2, kerana Tuhan tahu kemampuan kita.. itu sajalah ayat yang dapat mengubat hati yang terasa perit untuk menerima... Mengeluhkah aku Tuhan?

Teringat saat kepergian Umairah sebagai ingatan untuk ku.. Tuhan tak menguji kalau Dia tau kita tak mampu.. Bila hari ini, aku masih tak dapat menghubungi ahli keluarga krn sedikit konflik yang berlaku.. Salahkah aku?? Akukah yang bersalah? Bila mereka masih mengungkit kepergian Umairah dan apa yang berlaku pada suami dulu adalah balasan Tuhan atas perbuatan aku.. Balasan Tuhankah? Tak... Bukan.. Aku tak fikir begitu.. Tuhan Lebih Tahu kemampuan aku, hati aku...

Kadang2 aku tak ada duit nak belanja kat campus, tapi aku malu nk mintak pinjam duit pada kawan2.. Tapi Tuhan selalu mudahkan urusan.. Kadang2 aku tak perlu minta pada siapa2 pasti ada pertolongan yang datang tiba2..

Final exam hari tu smua papers (6 subjects) alhamdulillah dapat jawab dan rasa tak kelam-kabut untuk tulis idea.. wlpn ada satu subjek aku rasa entah apa2 yang aku jawab, rupanya kawan2 pun mengeluh benda yang sama.. Soalan tak disangka2.. Tak apelah mudah2an aku peroleh result yang BEST sem ni (sem 1 2010/2011)..

Terbaca satu majalah tertulis, kadang kita perlu menangis untuk hidup ini.. rasanya tak salah.. cuma mengekspresskan emosi kita. Semoga selepas tangisan itu reda, terbitlah rasa LEGA...

Saturday, November 20, 2010

Ape yang nk keluar nih??


Semalam (19hb Nov 2010) aku ingat contraction.. risau sgt... mlm tu cadangkan kat suami pegi klinik instead of hospital (sebab sblm ni dh pegi hospital tp lepas 5jam baru tau result, xtau la brapa kali mnangis sebab kne tunggu lama sgt!!). Ktorang pegi Poliklinik Hulu Langat Dr Azmi, he is a very nice and very good la (sblm ni pn dh pnah pegi mmg peramah sgt doktor tu mintak mc sb xdtg kelas pn bg..hehe).. sebab dia check and give an advice tanpa perlu bayar ape2.. hehe very lucky la yesterday.. doctor tekan perut, the baby still floating.. bgerak mcm biasa bukan macam apa yang aku bgtau kt doctor (xbgerak mcm biasa). Alhamdulillah.. Lega rasa bila doc ckp mcm tu..
Rupanya pg td aku ehem2.. lepas subuh je trus masuk toilet stgh jam... erk...

Rupanya sakit perut smlm adlh sb ehem pg ni.... hehe buat gempak je.. Kesian anak mummy. dan disebabkn ehem pg ni smpai k mlm pn masih berulang ke toilet.. tido je lagi baik.. tp xdpt tdo lah.. perut asyik sakit..

Thursday, September 30, 2010

..Hari ini aku berdiri kembali...

Lama xbukak blog.. Kadang2 rasa ada banyak perkara nk cerita. (Knpa mesti cerita pada org walaupun dah ada suami?? Mungkin menulis di blog adalah salah satu cara meng'ekspres' emosi.)

2 hari lepas, disebabkan terlalu penat satu hari dengan program Portfolio Day yg di organize oleh Department of Psychology, IIUM balik bilik je terlelap seusai mandi dan solat asar.. Lalu termimpikan seorang bayi yang aku cium dan dapat hidu bau seorang bayi.. Rasa macam dia baru turun dari langit. Tak tau nk cakap sebaik tersedar dari mimpi yang sekejap tu.. masih terhidu bau dia.. Rasa syahdu sangat. Samada mimpikan Umairah Nasuha ataupun adik Umairah..... Uhuhuhu Comel sangat... Rindunya pada Umairah...

Malam tu, I sent a message to my husband by saying that I miss him and our late-baby Umairah.. Suddenly I cried.... UUUuuuuuuuu.

Lastly, nak ucapkan thanx, a big thanx to frens yg support me (k.farrah, azmi, emi, awathif, k.khairu n the gangs, my previous schoolmates- so ramai la to mention the names, dan sape2 yg selalu give me support) , tak lupa k.mawaddah who hv experienced the same thing like me ( miss u too kak!!). Walaupun akan lambat habis belaja for my degree, xkisah lah.. harap keluar menjadi graduasi yg berkualiti n very ambitious one.

Sunday, April 11, 2010

..Kejamkah II....??

Dari semalam aku baca komik. Komik lucu terubat la jugak minda dan hati aku yang masih terasa lagi letihnya exam tu.. (alah..baru exam ckit je dah letih. berlakon!) Bila malam pulak aku tukar baca komik bersiri, Le.Gardinie tajuknya.. Menarik, aku baca dengan penuh emosi sebab nya aku menangis. Aku tak pasti untuk apa aku menangis tapi rasa terkesan di hati perjalanan cerita tu.. Mungkin ada sedikit persamaan dalam perjalanan hidup yang sebenar tentang 'seseorang'.. Seseorang yang aku tak pasti siapa.. tapi bila baca komik tu hati aku jadi bercampur baur. Rasa marah, geram, sedih dan macam2 lagi..


Ceritanya semua bermula dari sebuah persahabatan antara Kiwi dan Orange. Kiwi, seorang remaja perempuan yang tegas, degil tapi bijak dan mempunyai pendirian yang teguh. Sahabat karibnya ialah Orange. Kiwi sangat setia pada persahabatan, bermula dari mereka keccil Kiwi lah penyelamat Orange. Walaupun Orange adalah watak utama dan seorang remaja lelaki tapi dia penakut, agak lembab dan mudah diperdaya oleh orang lain.. Kadang2 aku rasa marah dengan sikap Orange yang tak ada pendirian dan senang dibuli.. Macam kisah kehidupan kita mesti ada naik dan turun kalu tak, takkanlah ia dipanggil kehidupan sebab ia takkan jadi menarik tanpa turun dan naik.. Lemon adalah watak jahat. sangat jahat! dan aku menyampah sangat dengan dia! bila Kiwi cakap pada Orange bahawa Lemon adalah 'perempuan jahat', aku percaya kata2 Kiwi walaupun aku bukanlah sahabat karibnya, tapi tidak pada Orange. Kenapa Orange?? Sebab tulah Kiwi selalu marah pada Orange sebab mudah diperdaya. Aku sangat marah dengan Lemon sebab dia mintak Orange cium dia. Tak malu! memang tak malu. Lepas tu rancang sampai Kiwi dibuang sekolah dan Apple juga telah dituduh mencuri oleh Lemon yang kononnya nak kenakan Kiwi pada majlis sambutan hari jadinya. Katanya nak malukan Kiwi.. Kiwi tak pernah mencuri tapi disebabkn Lemon yang licik dan keji tu telah merancang strateginya akhirnya Kiwi dituduh bersaksikan saksi2 yang telah diupah oleh Lemon sendiri. Huh! jahat tak Lemon??

Oh ya, lupa pulak sesuatu yang menarik tentang Kiwi! Walaupun dia adalah perempuan tapi dia tak sama macam remaja perempuan lain sebabnya dia ke sekolah memakai baju sekolah lelaki macam Orange pakai.. Katanya buka sebab dia tomboy tapi sebab dia perlu berlakon untuk menjadi pelindung since dia tak pernah tengok ayahnya dari kecil lagi.. sedih plak bila mengingatkan watak Kiwi ni.. Tapi aku plak rasa selamat bila aku dapat sahabat macam dia.. dia dituduh mencuri sebab nak selamatkan Orange dari dituduh tapi akhirnya... Ahhhhhhhhh....
Dan sekarang ni Lemon buat2 baik lagi sebab nak jatuhkan Apple memandangkan selepas Kiwi menghilang Apple yang selalu disamping Orange tapi hanya sebagai teman ke sekolah. Sekarang tinggal last episode aku tak baca lagi.. Jadi aku akan cerita lagi lepas ni walaupun aku bercerita nampak tak menarik langsung.. So.. macam biasa la kan...

to be continued...