Tuesday, August 11, 2009

Pesanan dari Sahabat Perantauan


"Janganlah kamu berputus asa. Sesungguhnya berputus asa itu bukanlah akhlak dari kaum Muslimin. Realiti hari ini adalah hakikat impian dari hal semalam. Dan impian hari ini itulah yang bakal menjadi realiti esok. Sesungguhnya masa itu masih luas dan anasir-anasir yang sejahtera itu masih kukuh terpahat di jiwa bangsa mu yang beriman, biarpun dgn kerosakan yang menggila itu. Si lemah tak akan kekal lemah sepanjang hayatnya. Dan yang kuat itu tak akan kuat selama-lamanya"
-IHAB-

Wednesday, August 5, 2009

Umairah k Tasnim?

Hari Jumaat lepas (31 Julai) sepatutnya anak aku dah diberi nama, iaitu lepas 7 hari berlalu. begitulah kebiasaannya dan mungkin yg dianjurkan dalam Islam (aku pun tak tau sebab tak kaji pun pasal ni). Suami ku pun tak ada idea nak bagi nama apa. tapi aku tiba2 ckap kat suami nak bg nama Umairah Nasuha. tp suami ckp nk tny abg dulu. Sebelum ni adalah mcik Zahra, mcik Tasnim (haha..) tnya kan nama anak sedara depa yg sorg ni tapi aku jawab tak ada idea, sebelum ni pun tak terfikir, mungkin sebab tak jangka yg dia nak keluar awal. tapi seingat aku, sebelum aku lahirkan baby aku cakap kat suami nak bg nama Umairah. tapi suami cakap nt sama dgn nama anak akak Ummi Umairah. tak kisah lah..

Jd hari yg k-9 baru decide, abg (blaja kat Syria) cadangkan nama Tasnim. pastu aku sgt terkejut. sebab aku pun tak jangka nama tu akan jad pilihan abg (oh tidakkk..) pastu aku tny takkan nak letak Tasnim je, mcm janggal. aku bg cadangan sb aku suka nama Umairah; Tasnim Umairah, Umairah Tasnim, Nurul Tasnim, @ Nur Tasnim? abg decided "Nur Tasnim", aku pun menarik nafas lega sebab bukan lah "Nurul Tasnim". tapi selepas beberapa saat abg baru perasan jd keputusan ditukar kepada "Tasnim Umairah". tapi aku rasa nama tu mcm tak kena je dengan jiwa anak ku n combination dia pun mcm tak berapa sesuai laa.. Lama aku pk. mcm ada yg tak kena. Maghrib tu abg kol dari Syria. tanya ok k nama Tasnim n dah ramai k kat M'sia nama Tasnim. aku jwb ok n ckap kawan aku ada 2org nama mcm tu. tapi abg tnya kalau2 aku ada cadangan lain. aku bgtau la nama Umairah Nasuha. Tapi aku risau jugak kot Fizah hamid n Tasnim saari yg dok promote nama kat aku frust tambah2 tasnim haha abg kata ok jugak letak nama Pak Ngah dia. Nama abg Mohammad Nasoha. Hensem. cute. Putih. tapi tasnim saari dah cup dulu la kwn2 sekalian hehe ini pun sbg ganti sb takut dia terjun bangunan sb frust. Jadi keputusan mukatamad nama Umairah Nasuha bt Mohammad Hassan telah didaftar di JPN sebagai ank kpd pasangan Mohammad Hassan n Yasmin. Mudah2an nama tu kena dgn jiwa dia, insyaAllah..

oh lupa anak min sekarang dah nampak besar ckit, pampers dah muat tapi berat dia naik turun sekarang baru 1.1kg. Doakan anak min. tapi sekarang dia dah nampak cerah sikit hari tu gelap, mungkin sebab lampu yg terpasang kat dia sebab hari tu nak kena kuning.

Thursday, July 30, 2009

Catatan Baru buat Ku Bergelar IBU

23hb Julai tgh malam pukul 1pagi aku ditahan wad di Hospital Ampang, tak sangka rupanya aku benar2 bakal melahirkan seorang bayi pada 25hb 7:30pagi. Alhamdulillah.. Walaupun terasa benar2 pantas masa yang berlalu, tapi Allah permudahkan segalanya dan beri aku kekuatan utk hadapi semuanya. Tgh malam sblum aku berperang nyawa dlm labor room, aku hantar msg pd kawan2, kak farah dan paling penting pada suami. telefon aku off. harap tak ada gangguan walaupun suami benar2 risau. 6 kali terima panggilan suami dan seorang kawan dari Indonesia. tapi aku pasrah utk hadapi seorang diri. Masa tu dalam kepala tak fikir apa pun cuma banyak ingat Allah dan yakin Allah sentiasa berikan yang terbaik buat hambaNya.

Saat aku melahirkan bayi ku, sakit tok sah cakapla mmg sakit tapi aku dibantu oleh 4orang doctor yang semuanya memberikan aku "semangat" yang tak putus2. mungkin diorang tahu aku ibu yang masih muda utk kenal sakit mengandung. Akhirnya dgn hati yang cekal (cheeewah!) aku berjaya melahirkan seorang bayi perempuan dalam keadaan songsang. ingat lagi dorang suruh aku tgk baby tu lepas btul2 keluar sb baby tu letak atas perut aku walaupun masa tu aku tak nampak lagi dia mujahid ke mujahidah.. Aku berasa sangat berpuas hati pada diri ku. Alhamdulillah sangat.. walaupun tak dapat nak ukirkan senyuman lg lepas bersalin tu aku masih bercakap2 dgn doctor yg tgh keluarkan uri aku. macam tak percaya ja. aku selak baju tgk perut dah kempis. Selesai tu suami baru sampai, katanya.."tak sangka isteri saya kuat.." Aku senyum.

Suami bawak balik uri, tinggal lah aku sendirian di wad 4c katil 23.. Sejuk.. sb bilik tu khas ckit ada air-cond & tertutup. mulanya kne tahan kat wad 4d katil 11 , wad mmg utk ibu2 tggu nak bersalin je. Pengalaman bersalin ni, kalau nak cerita seronok sangat lagi seronok bila anak yang lahir tu hidup. tapi mana pun yang Tuhan bagi semuanya ada hikmah. Walaupun anak kne tahan ICU tapi rasa seronok bila tgk anak yg dduk dalam perut tu dah keluar & ada depan mata. Walaupun berat dia cukup2 1kg & tingginya 37cm utk bayi 29 minggu (pnjg tu, ikut gen ayah dia..) aku bersyukur sgt2 sebab mlm kne tahan tu doctor scan berat dia tak sampai 1kg pun n kata doc tak berpeluang hidup.

Apa pun sebenarnya kisah kelahiran bayi aku, cuma aku dan suami je tahu kisah di sebalik kisah. Kalau nak cerita kat orang pun mungkin susah n panjang. Kalau ada yang faham mungkin akan senyum je baca kisah aku ni.

Lastly, aku nak ucapkan terima kasih buat kawan2 prihatin yang sudi datang tgk aku lepas bersalin tu. Terima Kasih sgt sbb dgn kehadiran kalian lepas bersalin tu mmg buat aku yang tgh lalok lagi masa tu sedikit terhibur. Terima kasih jugak buat kak Farah yang banyak membantu & yg byk ambil berat pasal aku. Masa tu, sy cuma percayakn kak n sy harap sgt masa sy sakit tu akak faham. terima kasih atas tunjuk ajar n kata2 semangat. Syukran Jazilan aidhan buat mama abah yang banyak bersusah payah buat aku menantu yang selalu menyusahkan. Walaupun tak sampai setahun jadi menantu tapi rasa mcm dah byk ber'hutang'. Buat Suami Tersayang, saya btul2 rasa teruja dapat lahirkan anak utk sayang. i love u.. :) Buat umi, walaupun alang anak paling keras hati, keras kepala, degil utk "hal tu" tapi alang tak lupa daratan lepas kawin n sentiasa doakn keadaan umi moga Allah kuatkan hati umi selalu dan tak terus terjebak dgn angin yang tak baik tu.

Thursday, July 16, 2009

FLY





In a moment, everything can change
Feel the wind on you shoulder
For a minute, all the world can wait
Let go of your yesterday
Can you hear it calling?
Can you feel it in your soul?
Can you trust this longing and take control?

Fly,
Open up the part of you that wants to hide away
You can shine
Forget about the reasons why you can't in life
And start to try
Cause it's your time
Time to Fly..

All your worries,
leave them somewhere else
Find a dream you can follow
Reach for something, when there's nothing left
And the world's feeling hollow

And when you're down and feel alone
Just wanna run away
Trust yourself and don't give up
You know you better than anyone else



Friday, July 3, 2009

Dedication




My natural impulse is to express personal feelings of gratitude, admiration, respect and great affection for my mother who never stopped pray for me and thank you for all the cry and laugh for me which really hard for me to list down all of the reasons of your sort of cry and laugh and really really really Thank You for the full of LOVE, TRUST, PROUD and HOPE you put on me; and my friends -all my friends who you are and wherever you are; especially my schoolmates MATRI. Thank You for the sense of humor, sense of values and sense of direction have shaped my life to be more colorful with the memory and have made the recapturing of this life an adventure.

A lot of thankful for willingness of sharing my feeling with all of you (anyone) on preparing to have a baby. Never forgotten to my helpful neighbor for her advices and help. Thanx k.farrah! I hope my baby will be a precious "gift" who will make all of u girls happy, smile and even cry together with me. Lastly, I dedicate this poem to all of you with hoping this relationship and this friendship may go live thru this life ( world and hereafter ). Really Thank You!

Here's the poem:

Listen to the Exhortation of the Dawn!
Look to this Day!
For it is Life, the very Life of Life.
In its brief Course lie all the
Verities and Realities of your Existence:
The Bliss of Growth,
The Glory of Action,
The Splendour of Beauty;
For Yesterday is but a Dream
And Tomorrow is only a Vision;
But Today will lived makes
Every Yesterday a Dream of Happiness,
And every Tomorrow a Vision of Hope.
Look well therefore to this Day!
Such is the Salutation of the Dawn!



Monday, June 15, 2009

TEKNIK2 STUDY




1) Mengulangkaji secara perseorangan dan menghafal pelajaran.
2) Diskusi cara berkumpulan.
3) Membuat nota dan kertas kerja.
4) Menganalisis soalan –soalan peperiksaan tahun lalu.
5) Memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kuliah.
6) Talaqqie dan bertanya kepada pensyarah.
7) Mempunyai jadual waktu yang teratur.
8) Menghadiri seminar-seminar peperiksaan.

Thursday, June 4, 2009

Warkah buat Sahabat Seperjuangan


( monday, oct 01, 2007 )

Assalamualaikum wbt........

Wahai mantan kekasihku yang disayangi Allah. puji dan syukur hanya milik Allah swt semata, selawat beriring salam semoga dilimpahkan-Nya kpd Junjungan kita, Rasulullah saw. Tak henti-hentinya ku berdoa semoga kita termasuk hamba-hamba-Nya yang mendapat Redha dari-Nya dan tetap selalu mendapat rahman dan rahim dari-Nya.

Wahai mantan kekasihku...,
Kau adalah kaum terhormat seperti halnya ibuku dan juga saudara2 perempuanku. kau adalah tiang negara ini, yg dengan akhlak mu dapat mengukuhkan mahupun menghancurkannya. Kau adalah pendidik masa depan yang selalu menjadi harapan bangsa dan agama kita, insyaAllah. Islam telah meninggikan darjat dan memuliakn kedudukan mu. Agama yg telah lurus ini telah menyuruh mu untuk menutup aurat, agar terjaga kehormatan dan kesucian mu, agar engkau mudah dikenal sebagai muslimah yang baik dan tidak diganggu oleh orang2 yang ingin menodai kesucian mu.

Wahai mantan kekasihku...,
Kau adalah makhluk Allah yang mulia, yang diciptakan dengan segala keindahan, bak bunga yang harum semerbak, yang selalu mengundang kumbang untuk selalu datang dekat. Tapi keindahan mu hanya boleh jadi milik seseorang yang telah dihalalkan Allah untuk mu melalui syariat-Nya yg suci dan akan selalu menjaga kesucian mu. Kau tak boleh dilihat oleh sebarangan mata, tak boleh disentuh oleh sebarangan tangan, tak boleh dibawa dan diajak keluar oleh sebarangan lelaki. Kau adalah saudara ku di jalan Allah yang harus terjaga kesucian nya agar wanginya tetap semerbak, insyaAllah.

Wahai mantan kekasihku yg diedhai Allah...,
Cintaku hanya milik Allah, Rasul-Nya dan agama-Nya, insyaAllah. Telah dituntunnya kita pada aturan yg lengkap tentang kehidupan ini, tentang bagaimana kita bergaul dalam lingkungan masyrakat. Tak layak rasanya kita memelihara cinta semua yang ditunggangi oleh musuh kita – syaitan laknatullah, Nau’zubillah. Kita hanya boleh mencitai saudara sesama islam, saling menyayangi hanya kerana ikatan akidah yang bersih dan ukhuwah kita. Seiring dan sejalan untuk tetap istiqamah dalam aturan-Nya, tentu dengan cara-cara yang diredhai-Nya.
Terlalu panjang surat ku untuk mu, semoga Allah swt ampuni dosa2 ku, dosa2 mu dan dosa kita semua. Yang selama ini selalu menyalahi aturan-Nya kerana kita telah merajut benang-benang syaitan dalam kebersamaan kita. Marilah kita sama2 bertekad untuk menyemai benih cinta kita di dahan yang telah disediakan-Nya untuk kita, insyaAllah. Kita tumbuhkan dan kita pupuk rasa cinta itu hanya untuk kekasih abadi kita iaitu Allah swt yang selalu membelai kita dengan Rahman dan Rahim-Nya, alhamdulillah. Untuk Rasul-Nya dan berjihad di jalan-Nya.

Ya Ukhti fillah..,
InsyaAllah panggilan ini lebih tepat untuk mu di sisi Allah. Perlu ukhti ketahui bahawa surat ini ku tulis bukan kerana aku tidak mencintai mu, atau aku mendapatkan yg lain, tidak, tidak, tidak sama sekali! tetapi Hidayah Allah yang membuatkan ku jadi begini, insyaAllah. Ku tuliskan khas buat mu bukan hanya ingatan untuk mu semata-mata tapi untuk diri ku yang telah ternoda dgn bisikan syaitan sebelumnya, astaghfirullah. Ku berharap semoga hidayah yang mahal dan terindah ini dapat terus kita jaga dan kita pertahankan keberadaannya. Ku berlindung kepada Allah dari segala pujuk rayu syaitan dan kerabat-kerabatnya. Ku memohon maaf segala kesilapan yang pernah ku lakukan terhadap mu dan semoga Yang Maha Kuasa mahu menerima taubat ku jua taubat mu. Hanya Allah lah yang menentukan segalanya. Segala yang baik dari Allah dan yang buruk dari diri yang lemah, hina, jahil lagi banyak dosa ini. Hakiktnya kedua-duanya dari Allah. Wallahua’lam.

Wassalam.

Yang memerlukan doa kalian,