Saturday, March 6, 2010

..Marital Adjustment..

Baru-baru ni iaitu pada 3 hb Mac ada teman menemu bual ku.. bertanyakn tentang kehidupan selepsa berkahwin.. Panjang lebar juga lah aku bercerita samapi tak sempat ke kelas.. Tapi apa yang dapt aku simpulkan memang selepas berkahwin Allah permudahkan dalam belajar.. aku dah tak malu nak bertanya bila ada kerungsingan.. dan berasa yakin untuk present walaupun hakikatnya aku adalah seorang pendiam.. Well, boleh agak tak macamna golongan pendiam bercakap di hadapan ramai orang?? Mungkin akan jadi speechless bila tengok banyak mata yang tertumpu.. tapi sekarang aku tak lagi.. dan mungkin aku bukan diam setiap masa..

Bila teman bertanyakan hubungan kekeluargaan macam mana... rasa macam susah sangat nak jawab tapi aku jawab la macamna pun yang dapat memuaskan hati teman yang bertanya..

Paling menarik adalah soalan terakhir.... nasihat untuk teman-teman yang masih bujang dan ingin berkahwin... aku tergaru sebentar kepala.. tak tau lah apa yang patut aku advisekan.. Cuma dulu aku pernah terbaca satu buku.. katanya bila anak perempuan kamu telah menemui jejaka idamannya kahwinkan mereka secepat mungkin untuk elak dosa dan maksiat... itu jelah yang aku boleh cakap. nak cakap lebih-lebih pun tak pandai.
Tapi, sejak kawin ni rasanya tak berkesempatan lagi nak datang kenduri kawan2, dan teman2. nantilah, bukan tak nak datang slalu ada halangan untuk datang.. Maybe one day..

Tuesday, February 9, 2010

...Bezanya Hari Ini dan Semalam...?

Kehidupan selepas berkahwin itu banyak menguji diri ku.. menguji kehambaan aku pada-Nya.. yang semakin hari ujian datang bertimpa-timpa.. bersyukurlah di atas ujian yang diberikan Tuhan.. kerana itu adalah salah satu cara untuk Tuhan angkat dan basuh dosa-dosa yang selama telah aku kerjakan di dunia ini selagi bernafas.. Aku akan tetap dan selalu ingat tarikh-tarikh penting; yang buat aku gembira, ketawa, sedih dan berduka.. tapi dalam banyak tarikh-tarikh penting tu hati aku banyak menangis.. biarlah hati yang menangis kerana hanya Tuhan sahaja yang tahu kaluapun betapa sakit, pilu, sedihnya hati aku..

Bila ada orang senyum sindir kerana aku tak menangis kerana kehilangan Umairah.. bila aku sekali lagi menjaga suami di hospital selama seminggu di hospital yang sama.. bila family aku tidak dapat terima apa yang aku telah lakukan walaupun bukanlah kehendak hati aku begitu.. bila ayah ku begitu, dan kenapa dia begitu.. aku tak menangis untuk raih simpati kawan-kawan.. aku tak pernah cerita pada kawan-kawan bagaimana keadaan aku ketika itu.. cuma hanya dengan cara ini aku rasa sedikit lega sekurang-kurangnya blog ini menjadi tempat luahan aku.. cukuplah bercerita tentang Umairah pada lecturers sudah membuatkan hati aku terasa sangat sayu mengenangkan kenangan yang dipinjamkan Allah pada ku dan suami utk sementara.. bukan aku tak nak menangis tapi mungkin Allah pinjamkan kekuatan yang datang dari Nya untuk aku..kekuatan pada hati untuk terima semua dugaan-Nya.. Benar, Allah tak akan menguji melainkan hanya dengan kemampuan hamba-hambaNya..

Hingga ke hari ini, bermula sejak aku bergelar isteri aku sudah tak berminat untuk duduk sama dan berdiri sekali dengan kawan-kawan yang dulu pernah aku anggap sahabat dunia akhirat.. kerana aku masih mencari siapa yang sudi menjadi sahabat sejati aku.. yang terima baik buruk aku.. yang selalu ada bila aku memerlukan.. yang senang untuk aku bersamanya.. yang dapat memahami perasaan aku bila sudah bergelar isteri.. yang kehilangan anak.. yang menguatkan aku tika aku menyendiri.. yang selalu dapat bersangka baik denganku.. siapa yang sudi berbuat begitu selain suami ku?? aku tak pertaruhkan kepercayaan itu pada siapa-siapa lagi.. Tapi, aku telah temui seseorang.. tapi biarlah antara aku dan dia.. aku mahu lihat sejauh mana perginya persahabatan kami... sejauh mana dia sudi bersama ku..

Thursday, December 24, 2009

..Bila Aku Berdiri..

7 Disember 2009- Selamat Melangkah Kembali Ke UIA.
minggu add & drop.
8 Disember2009- ponteng kelas pagi, pasal masih add n drop weeks. mungkin lecturer pun tak masuk.. rupenye tidak, aku nmpak "0" kt attendance list kt nama aku. tp takpe 1st week tak kire sgt kehadiran..


Hari2 yg seterusnya berlalu.. pnuh dgn semangat, insyaAllah. 1st week aku dah start belajar tak nak tangguh2 nt sikap tu berlarutan.
Ye, sem ni n semester yg akan datang aku perlu kuat dan tumpukan perhatian dalam study.. Nampaknya cuti aku selama satu tahun tak terbuang, terisi, bila Allah uji dgn macam2 ujian.. rasa bila dh bukak sem rase confident n ade semangat baru.. padahal sebelum masuk balik belajar terfikir n mencongak blh ke nak teruskan belajar ni.. Mohon pertolongan ya Allah..
Setakat ni Alhamdulillah.. walaupun baru 3 Minggu tapi rase dh cukup sibuk dgn S.T.U.D.Y.


Kadang bile penat balik dari kelas, teringat Umairah besides my husband..

Umairah.. I miss you!!!

Monday, November 23, 2009

Merindukan mu..


Saat aku tertawa di atas semua..
Saat aku menangisi kesedihan ku..

Aku ingin engkau selalu ada..
Aku ingin engkau..
Aku kenang..
Selama aku masih bisa bernafas..
masih sanggup berjalan
ku kan selalu mengingati mu
meski ku sedia tahu engkau ada di mana
dengarkan aku..
KU MERINDUKAN MU..

Monday, November 16, 2009

Lukisan Hidup

Tiba-tiba terasa kehidupan yg aku lalui atas dunia ni bagaikan sebuah "Lakonan". Bak kata UNIC;

"Mungkin ku bukan watak utama dlm pentas lakonan dunia, bimbangi juga ku turut sama pastinya aku yg binasa"

dalam sebuah nasyid "SATU TEKAD".. Apa yg membuatkan aku menilai sedemikian, apabila aku melihat ujian yg Allah timpakan pada aku satu demi satu.. Bukanlah coretan ini bermakna aku merungut, lagipun Allah lebih tahu.. tapi, sekadar mengingatkan diri yg sering alpa sebab tu Allah selalu timpakan musibah pada aku dan suami..

Belum pun habis rasa sayu kehilangan anak tercinta; Umairah Nasuha, 10 hari kemudian suami ku bergaduh dengan abang kandung nya yg mengalami sakit mental sehingga berlaku nya tragedi tumpah darah.. Keadaan di rumah ketika itu kelam kabut dan aku rasa jantung aku seolah-olah nak terkeluar. Aku tak tengok dengan mata aku sendiri kejadian seorang abang menikam seorang adik kandung nya sambil berkata "Nah, ambik hang!". Sehingga sekarang ayat tu masih terngiang-ngiang di telinga suami ku.

Selalu aku tgk cerita mcm ni dlm tv tp tak sangka Tuhan blh uji sapa2 je yg Dia nak.. Subhanallah..

Thursday, November 5, 2009

Email dari sahabat

At tirmizi dan Ibnu Hibban telah meriwayatkan dari Abu Musa Al Asya'ri r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud:

"Apabila mati seorang hamba Allah berkata kepada malaikatNya: kamu telah mngambil nyawa anak hamba Ku.
Jawab para malaikat: Benar!
Allah berkata: Kamu mengambil buah hatinya.
Jawab para malaikat: Benar!
Allah berkata: Apa kata hamba Ku?
Jawab para malaikat: Dia telah memuji Mu dan mengucapkan Innalillahi wainna ilaihiraji'un.
Allah berkata: Dirikanlah bagi hamba Ku itu sebuah rumah di syurga, dan namakan rumah itu "Baitul Hamd ( Rumah Kepujian) "

Wednesday, November 4, 2009

Khatimah Cinta 6ixth sense

oh kidung malam nyanyikan lagu
rindu hati ku yang terpendam
oh bintang malam
lukis wajah ku
katakan aku pergi..
genggamlah cinta yang ku berikan
simpanlah selalu
dalam hati..
Ku akan selalu dalam mimpi mu
menemani tidur mu..
c/o Sudah lah sudah
ku harus pergi
jangan kau tangisi aku lagi
biar ku bawa seluruh cinta mu
ku dakap dalam tidur panjang ku..
Peluk tubuh ku
kucup bibir ku
relakan saja aku pergi..
p/s: bila dengar lagu ni seolah2 umairah datang bisik kat telinga. chorus lagu ni buat aku rasa terkenang kan umairah..