Wednesday, November 4, 2009

I Love You, My Dear..




Perginya Umairah Nasuha tetap jadi ingatan dan kenangan di hati buat selamanya..


(4 november 2009)


Sunday, October 18, 2009

Ur Support r Really Appreciated!

mar ishak: salam buat min. tahniah! moga Allah beri kesihatan dan kemudahan buat min, baby n family..

wafiqah_insyirah: Alhamdulillah. .tahniah dengan kelahiran permata hati..juga tahniah kerana berjaya mengharungi ujian melahirkan bayi pramatang..belum semua ibu dapat menghadapinya. .InsyAllah. .Allah pilih min sbb min seorang yang kuat jiwa dan semangat..Semoga Allah anugerahkan kemurahan rezeki dan kesihatan buat min dan anak..ameen. .

fatimah adi: salamu'alaykum. .
tahniah pada Yasmin Abu YAzid atas kelahiran anak tercinta.

miss girl:
Assalam Min, kak ainna harap Min bnyk bersabar ye. Akak doakan kesihatan baby min dapat di kawal.Btw, tahniah semoga Allah midahkn semua urusan Min n family. AMIN

fs_loveislam: Bila agaknya waktu yang sesuai kak ha boleh ziarah min? dalam masa terdekat ni. rindu lah.

Mumtazah Tumian:
Assalamualaikum
Tahniah Ukhti Yasmin, khas buat ukhti:-

بورك لك بالموهوب وشكرت الواهب ورزقت بره وبلغ أشده

" Semoga Allah memeberkatimu dengan anak yang baru dikurniakan, dan anda akan mensyukuri Pengurniaan Allah, dan anda diberi ketaatannya, dan dia akan mencapai usia lanjut"

Orang yang menerima tahniah itu, hendaklah menjawab:

بارك الله لك وبارك عليك ورزقك الله مثله

"Semoga berkat Allah bagimu, dan berkat-Nya atasmu, dan Dia akan mengurniakan juga kurnia yang sama."

( Riwayat Saidina Al-Hasan bin Ali dan Daripada Imam Al-hasan Al-Bishri r.a.)

-Rujukan Pendidikan anak-anak dalam Islam , Abdullah Nasih Ulwan, Jilid 1, Fasal 6 (Tanggungjawab Pendidikan Sosial), muka 555-

  • Semoga Allah permudahkan sahibah2 yang bakal menyusul. Amin. Doakan ana juga.
  • Semoga Allah bantu untuk memikul amanah dan tanggungjawab besar ini.Melahirkan dan membina generasi pewaris yang Allah s.w.t. redhai. Hajat doa semua. Ya Allah bantulah hambaMu untuk melaksanakan Ubudiyah kepadaMu. Amin Ya Allah.
syaheed awal prO: Tahniah Min, semoga Umairah Nasuha setabah ibunya...

qamar zahra:

Salam pd warga laman Islami yang ana rindui selalu!
Sahibah2 yang ana sayangi dan kagumi!
Moga kita semua dalam kerahmatanNya setiap saat.
Tahniah buat min yang dikasihi. Mg segalanya kheir, insya Allah. Akak bangga dengan min, mujahidah kental.
Sama2 kita panjatkan du'a buat sahibah kita ini dan umat Islam yang lain juga di luar sana;-)
Wassalam.

safi ar rahman:
Ya Allah...besar nya pengorbanan ibu.
bru tau btapa penat n lelah mnjaga. apatah lg ketika bersalin.

moga Allah kurniakn n limpahkan kbahagiaan ddunia n akhirat.

doa ana sntiasa mengiringi min n family.

Salam Juang,

Safi ArRahman

nurfarhana hana:

salam...

dear min,

my sahibah, my neighbor and etc..hehehe
rindunyer..
barakallahu fik atas kelahiran cahaya mata yg pertama
semoga Allah mudahkan segala urusan min and keluarga..
take care,.jage diri n baby baik2..
best of luck..
doa kami sntiasa mgiringi min..
wslm
hana nasir

Monday, October 12, 2009

Semuanya Berhikmah



Bismillahirrahmanirrahim..
hari ni bermula hari umairah sebagai baby yang baru belajar untuk sedut udara luar-luar dari NICU. Bak kata nurse kat situ she is the super senior there..
banyak benda nak jaga, esp for the 1st 6 month.. can't travel for long distance, elak berjumpe org2 yang demam, batuk, selsema.., make sure anyone who wanna touch her wash their hand first but need to limit the visitors.. since her lung not yet mature.
sebelum berangkat pulang tadi, the doctor telah mengajarkan cara2 utk menghadapi baby yang tersedak susu, muke biru.. because all these things ever happened to umairah.. duduk kat NICU memang banyak benda dapat dan blaja, rupenye nak bg baby menyusu tu adalah 1st step yang difficult for me.. sebab.. sebab tu nanti semue org yang bergelar ibu akan rasa..
tapi kadang2 duduk kat NICU lama2 make me stress, dengan suasana baby sana sini nangis, pastu nak balik pun kena cakap dgn nurse dah macam dduk hostel, tiap2 malam pun bkan blh tido, japg bising mesin la budak nangis..etc...n one more thing mesti ade je ibu2 yang menangis sebab anak2...

Thursday, October 1, 2009

How r u Umairah?


Dah lame rasenya tak bukak my blog. Stay kat hospital banyak benda yg aku dapat esp ragam manusia termasuk diri aku. Yang dah beranak 3, 4, 5 pun suami masih buat hal stakat hari ni dah 3 kes aku dgr lbh kurang sama je. Ada perempuan lain. Hmm.. mmg la bukan masalah aku tapi tgk skrg masyarakat makin rosak. Pemikiran dah dimodenkan sgt dgn idea2 Barat Jahiliyyah. Tapi doa isteri yg teraniaya Allah selalu dgr walaupun hakikatnya ibu2 jarang dgr jadi tok wali.

At the previous, I dont understand why the mother menangis sebab anak.. sekarang aku faham.. Cabaran sekarang nak membesarkan baby pre matured. tak boleh expect dia macam baby normal. Menyusu tak macam bby normal sometimes face problems like tersedak, pucat, muke biru, tak cukup oxygen so on n so forth.. that's happened to Umairah, my daughter yesterday- 1st of october. Aku menangis macam ape je. Nasib ada sister datang tenangkan aku. masuk ni dah 2x umairah kne tahan masuk bhgian intensive pasal muke pucat biru2.. dulu awal bulan 9 n skrg awal oktober. Ada nurse cakap muke aku relax je but Allah knows everything.

Tuesday, August 11, 2009

Pesanan dari Sahabat Perantauan


"Janganlah kamu berputus asa. Sesungguhnya berputus asa itu bukanlah akhlak dari kaum Muslimin. Realiti hari ini adalah hakikat impian dari hal semalam. Dan impian hari ini itulah yang bakal menjadi realiti esok. Sesungguhnya masa itu masih luas dan anasir-anasir yang sejahtera itu masih kukuh terpahat di jiwa bangsa mu yang beriman, biarpun dgn kerosakan yang menggila itu. Si lemah tak akan kekal lemah sepanjang hayatnya. Dan yang kuat itu tak akan kuat selama-lamanya"
-IHAB-

Wednesday, August 5, 2009

Umairah k Tasnim?

Hari Jumaat lepas (31 Julai) sepatutnya anak aku dah diberi nama, iaitu lepas 7 hari berlalu. begitulah kebiasaannya dan mungkin yg dianjurkan dalam Islam (aku pun tak tau sebab tak kaji pun pasal ni). Suami ku pun tak ada idea nak bagi nama apa. tapi aku tiba2 ckap kat suami nak bg nama Umairah Nasuha. tp suami ckp nk tny abg dulu. Sebelum ni adalah mcik Zahra, mcik Tasnim (haha..) tnya kan nama anak sedara depa yg sorg ni tapi aku jawab tak ada idea, sebelum ni pun tak terfikir, mungkin sebab tak jangka yg dia nak keluar awal. tapi seingat aku, sebelum aku lahirkan baby aku cakap kat suami nak bg nama Umairah. tapi suami cakap nt sama dgn nama anak akak Ummi Umairah. tak kisah lah..

Jd hari yg k-9 baru decide, abg (blaja kat Syria) cadangkan nama Tasnim. pastu aku sgt terkejut. sebab aku pun tak jangka nama tu akan jad pilihan abg (oh tidakkk..) pastu aku tny takkan nak letak Tasnim je, mcm janggal. aku bg cadangan sb aku suka nama Umairah; Tasnim Umairah, Umairah Tasnim, Nurul Tasnim, @ Nur Tasnim? abg decided "Nur Tasnim", aku pun menarik nafas lega sebab bukan lah "Nurul Tasnim". tapi selepas beberapa saat abg baru perasan jd keputusan ditukar kepada "Tasnim Umairah". tapi aku rasa nama tu mcm tak kena je dengan jiwa anak ku n combination dia pun mcm tak berapa sesuai laa.. Lama aku pk. mcm ada yg tak kena. Maghrib tu abg kol dari Syria. tanya ok k nama Tasnim n dah ramai k kat M'sia nama Tasnim. aku jwb ok n ckap kawan aku ada 2org nama mcm tu. tapi abg tnya kalau2 aku ada cadangan lain. aku bgtau la nama Umairah Nasuha. Tapi aku risau jugak kot Fizah hamid n Tasnim saari yg dok promote nama kat aku frust tambah2 tasnim haha abg kata ok jugak letak nama Pak Ngah dia. Nama abg Mohammad Nasoha. Hensem. cute. Putih. tapi tasnim saari dah cup dulu la kwn2 sekalian hehe ini pun sbg ganti sb takut dia terjun bangunan sb frust. Jadi keputusan mukatamad nama Umairah Nasuha bt Mohammad Hassan telah didaftar di JPN sebagai ank kpd pasangan Mohammad Hassan n Yasmin. Mudah2an nama tu kena dgn jiwa dia, insyaAllah..

oh lupa anak min sekarang dah nampak besar ckit, pampers dah muat tapi berat dia naik turun sekarang baru 1.1kg. Doakan anak min. tapi sekarang dia dah nampak cerah sikit hari tu gelap, mungkin sebab lampu yg terpasang kat dia sebab hari tu nak kena kuning.

Thursday, July 30, 2009

Catatan Baru buat Ku Bergelar IBU

23hb Julai tgh malam pukul 1pagi aku ditahan wad di Hospital Ampang, tak sangka rupanya aku benar2 bakal melahirkan seorang bayi pada 25hb 7:30pagi. Alhamdulillah.. Walaupun terasa benar2 pantas masa yang berlalu, tapi Allah permudahkan segalanya dan beri aku kekuatan utk hadapi semuanya. Tgh malam sblum aku berperang nyawa dlm labor room, aku hantar msg pd kawan2, kak farah dan paling penting pada suami. telefon aku off. harap tak ada gangguan walaupun suami benar2 risau. 6 kali terima panggilan suami dan seorang kawan dari Indonesia. tapi aku pasrah utk hadapi seorang diri. Masa tu dalam kepala tak fikir apa pun cuma banyak ingat Allah dan yakin Allah sentiasa berikan yang terbaik buat hambaNya.

Saat aku melahirkan bayi ku, sakit tok sah cakapla mmg sakit tapi aku dibantu oleh 4orang doctor yang semuanya memberikan aku "semangat" yang tak putus2. mungkin diorang tahu aku ibu yang masih muda utk kenal sakit mengandung. Akhirnya dgn hati yang cekal (cheeewah!) aku berjaya melahirkan seorang bayi perempuan dalam keadaan songsang. ingat lagi dorang suruh aku tgk baby tu lepas btul2 keluar sb baby tu letak atas perut aku walaupun masa tu aku tak nampak lagi dia mujahid ke mujahidah.. Aku berasa sangat berpuas hati pada diri ku. Alhamdulillah sangat.. walaupun tak dapat nak ukirkan senyuman lg lepas bersalin tu aku masih bercakap2 dgn doctor yg tgh keluarkan uri aku. macam tak percaya ja. aku selak baju tgk perut dah kempis. Selesai tu suami baru sampai, katanya.."tak sangka isteri saya kuat.." Aku senyum.

Suami bawak balik uri, tinggal lah aku sendirian di wad 4c katil 23.. Sejuk.. sb bilik tu khas ckit ada air-cond & tertutup. mulanya kne tahan kat wad 4d katil 11 , wad mmg utk ibu2 tggu nak bersalin je. Pengalaman bersalin ni, kalau nak cerita seronok sangat lagi seronok bila anak yang lahir tu hidup. tapi mana pun yang Tuhan bagi semuanya ada hikmah. Walaupun anak kne tahan ICU tapi rasa seronok bila tgk anak yg dduk dalam perut tu dah keluar & ada depan mata. Walaupun berat dia cukup2 1kg & tingginya 37cm utk bayi 29 minggu (pnjg tu, ikut gen ayah dia..) aku bersyukur sgt2 sebab mlm kne tahan tu doctor scan berat dia tak sampai 1kg pun n kata doc tak berpeluang hidup.

Apa pun sebenarnya kisah kelahiran bayi aku, cuma aku dan suami je tahu kisah di sebalik kisah. Kalau nak cerita kat orang pun mungkin susah n panjang. Kalau ada yang faham mungkin akan senyum je baca kisah aku ni.

Lastly, aku nak ucapkan terima kasih buat kawan2 prihatin yang sudi datang tgk aku lepas bersalin tu. Terima Kasih sgt sbb dgn kehadiran kalian lepas bersalin tu mmg buat aku yang tgh lalok lagi masa tu sedikit terhibur. Terima kasih jugak buat kak Farah yang banyak membantu & yg byk ambil berat pasal aku. Masa tu, sy cuma percayakn kak n sy harap sgt masa sy sakit tu akak faham. terima kasih atas tunjuk ajar n kata2 semangat. Syukran Jazilan aidhan buat mama abah yang banyak bersusah payah buat aku menantu yang selalu menyusahkan. Walaupun tak sampai setahun jadi menantu tapi rasa mcm dah byk ber'hutang'. Buat Suami Tersayang, saya btul2 rasa teruja dapat lahirkan anak utk sayang. i love u.. :) Buat umi, walaupun alang anak paling keras hati, keras kepala, degil utk "hal tu" tapi alang tak lupa daratan lepas kawin n sentiasa doakn keadaan umi moga Allah kuatkan hati umi selalu dan tak terus terjebak dgn angin yang tak baik tu.